Friday, 6 March 2015

Pulang Part 2

“Okay je Fath nak datang sekali rumah Durra hari Ahad nak datang nie. Tapi you guys yang lain kena tolong lah. Tolong kemas rumah dan basuh segala perkakas masak selepas gathering nanti. Deal?” terkejut Waiz mendengarkan syarat Durrani.

“Okey, deal. Anything for you princess.” Dengan lagak seakan-akan seorang butler, Waiz memberi tunduk hormat kepada Durrani. Perlahan Durrani mencubit lengan Waiz yang berlapikkan kemeja.

                Fath Danial hanya memerhatikan keletah Durrani dan Waiz dari kejauhan. Dalam diam dia berharap lelaki di tempat Waiz adalah dirinya.

Teet! Teet! Fath melihat telefon bimbitnya.

“Bila kau nak datang ambil Nadine? Aku pun nak date dengan bini weyh?” - Khalish

Fath Danial akhirnya tersedar. Dia hampir terlupa perihal Nadine Almira. Dia bergegas meninggalkan Durrani dan Waiz berdua membeli barangan dapur.

                Durrani mengeluarkan daging ayam dari peti sejuk. Kek oren dan cupcakes coklat sudah pun siap sedari tadi, untuk esok dia bercadang untuk membuat nasi ayam, jus epal dan asam boi. Lagipun Aima dan Dhuha akan membawa hidangan pasta. Waiz dan Harraz akan uruskan barbeque.

“Bik, tolong kemaskan ruang tamu dan bilik tamu ea. Esok ada tetamu akan datang” bibik Erina setia bekerja dengan keluarganya. Mama yang menyuruh bibik tinggal bersamanya.

                Seperti biasa, Durrani akan bangun sebelum subuh. Selepas melakukan sedikit regangan dan senaman ringkas, dia bergegas turun ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan memasak dan mengemas rumah serba sedikit. Tepat jam 8.30 Aima dan Dhuha sudah terpacak di hadapan rumahnya.

“Durra. Apa lagi yang belum buat nie?”

“Tolong jerang air panas, sediakan teh lavender. Cairkan coklat Hersey dan sediakan mangkuk untuk chocolate fudge, ada marshmellow, buah strawberry, buah epal dan pisang. Hidang tu dulu masa dorang yang lain sampai nanti. Nasi ayam semua dah siap. Nanti panaskan sahaja. Barbeque punya bahan, katanya Waiz dan Harraz yang uruskan.”

Bunyi loceng rumah menghentikan kerja mereka. Durrani meminta Aima membukakan pintu sementara dia mengenakan tudung. Durrani terpaku memandang Fath Danial. Rasanya sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Dia hanya tersedar apabila Nadine Almira menghampirinya dan memeluk kakinya. Lantas Durrani mengangkat Nadine. Yang lain hanya memerhati Durrani membawa Nadine menuju ke buaian gantung yang terdapat di bahagian landskap tepi rumahnya. Setahu Waiz dan Aima, Durrani sesekali tidak benarkan sesiapa pun untuk menaiki buaian buluh yang tergantung di halaman rumahnya itu.

“Am I just dreaming or this is a reality”

“It is a reality.”

“Durra let’s Nadine sit in her swing while we are not allowed to touch or near to it.”

“Ehem. Kenapa nie?”

“Durra selalu tidur di buaian tu. Jarang dia nak tidur di katil dalam bilik. Katanya susah nak bangun jika tidur di atas katil. Dan sekarang dengan senang hati she play with your daughter dekat situ”

“Dah, jangan kacau. Jom sediakan bahan barbeque.” Waiz menepuk bahu Fath dan Harraz agar meninggalkan Durrani dengan Nadine di situ. Dimata Fath pula seolah-olah terbayang Arwah isterinya Aisya Hana masih hidup dan melayan anak mereka.

                Durrani leka melayan keletah Nadine. Keletah Nadine mengingatkannya kepada kanak-kanak yang selalu dilawatnya di rumah anak yatim di Perancis. Nadine leka dengan permainan yang dihadiahkan oleh Durrani. Perlahan wajahnya diangkat sebelum pandangan matanya bertembung dengan mata tajam milik Fath. Terus dialihkan wajahnya ke arah rakannya yang lain. Tanpa disedari, Nadine tertidur diatas riba Durrani. Perlahan Durrani meletakkan Nadine di atas buaian dan bergerak ke arah mereka yang lain.

“Nadine mana?”

“She’s sleeping”

“She’s like you”

“I like her too. She makes me remembered to the kids that I always visit at children shelter.”

“Then you should get married.”

“If and only if you purpose me.” Durrani mencuit bahu Waiz. Waiz tergelak. Fath yang terdengar butir bicara itu terkedu.

“Like seriously? Then I will ask my parents to bring the ring to your hometown.”

“Maybe.”

“Then how about Fath?”

“I’m not the one for him. Durra ingat setiap tutur kata dia yang seakan menghina Durra. Yang bersikap lepas tangan. Tell me, siapa yang ada di sisi Durra setiap kali Durra need someone? Waiz kan? Lain la kalau Waiz tak nak Durra, so I have to went back to Europe lah.” Panjang lebar jawapan Durrani kepada Waiz. Melebar senyuman Waiz. Fath Danial hampir terduduk. Rupanya Durrani masih ingat segala perbuatannya dahulu. Durrani yang kelihatan tenang dan tidak ternampak langsung riak marah atau dendam pada wajah sebenar masih menyimpan dendam terhadapnya.

                Suasana gathering berlangsung dengan meriah. Fath menceriakan wajahnya dihadapan semua walaupun terasa seperti ingin melarikan diri dari situ. Selesai makan, seperti yang dijanji Waiz, Waiz menolong Durrani mengemas segala perkakasan barbeque dan masakan.


Selepas meletakkan Nadine di dalam baby coach, Fath Danial kembali meneruskan kerjanya. Masih terniang di telinganya, ibunya mendesak dia mencari isteri baharu kerana Nadine masih kecil dan kini Durrani memilih Waiz sebagai pengganti dirinya. Dia sedar, Waiz lebih rapat dan selalu meluangkan masa bersama Durrani selepas dia hampir merosakkan Durrani. Hubungan yang terbina bertahun diantara dia dan Durrani telah lama hancur dan mungkin tiada peluang kedua untuknya.

Pulang Part 1

Pulang – Part 1

“Dengarnya abang Fath kau dah tunang”

“Haah. He’s going to married this Syawal. Kau datang tak?”

“Is that okay with you? Kan kau sayang dia?”

“A bit bitter and sore lah. Just fine. Boleh lah bawak diri and wouldn’t exposed myself in front of him”

“Totally broken Nampak”

“Haha. Of course.”

“Ramai lagi kan? Kawan-kawan dia pun ada yang risik kau kan?” tangannya tangkas membuat persediaan untuk memasak. Pertanyaan daripada Aima Insyirah tidak dihiraukannya.

                Duraani Hafuza hanya mampu mendiamkan diri. Tak berbaloi rasanya dia memaksa abang Fath menerima dirinya sedangkan bagi lelaki itu, dia hanya adik angkat sahaja. Hanya kasih sebagai adik sahaja bagi Fath Danial.

“Well, since kita muda lagi, baru 23 kan. Aku plan nak sambung belajar tapi buat full time dan research la. Sime Darby tempat aku kerja sekarang offer biasiswa sambung belajar. Kena pergi France” rahsia yang tersimpan kemas akhirnya di khabarkan kepada Aima Insyirah.

Aima Insyirah hanya mampu mendiamkan diri. Baginya Durrani berhak untuk buat apa yang diingininya. Jika dahulu, Fath Danial banyak mengongkong diri Durrani. Kini tidak lagi, Durrani bebas sebebasnya. Aima sesekali tidak akan menghalang rakannya itu untuk pergi menjelajah ke mana sahaja di bumi Tuhan ini. Biarlah Durrani mengubat hatinya yang hancur itu.

                Pernikahan Fath Danial dengan Aisya Hana berjalan dengan lancar, penuh dengan adat ketenteraan. Setara dengan pangkat Fath Danial. Perlahan Durrani mengatur langkah meninggalkan majlis gemilang tersebut. Kelihatan Waiz Hakim setia menantinya bersebelahan kereta Volkswagen Polo miliknya. Waiz membukakan pintu hadapan bahagian penumpang untuknya. Hari ini juga dia akan pergi meninggalkan Malaysia untuk sambung belajar dan mengubat hatinya yang lara. Hanya mama, ayah, adik-adiknya, Aima dan Waiz yang tahu ke mana dia menghilangkan diri.

“Are you sure you will be okay Durrani?” lembut pertanyaan Waiz. Waiz yang penyayang. Waiz yang memahami. Namun sayang, baginya Waiz adalah sekadar sahabat walaupun dia tahu Waiz sayangkannya lebih dari seorang sahabat.

“Just fine. I will call you once I landed there. Further, pak long already there.” Durrani membalas pertanyaan Waiz. Dia melemparkan senyuman manis kepada Waiz.

“Thanks for everything. Please keep this secret. Okay? I owe you. Datang French nanti, saya belanja awak Michelin 3 Star Restaurant.” Sempat lagi Durrani mengenyitkan matanya kepada Waiz sebelum melangkah masuk ke ruang pelepasan.

“Are you really sure Durrani just fine?” Waiz dah tak senang duduk apabila Aima Insyirah dan Iris Nur Dhuha bertanya kepadanya. ‘Dah macam detektif je budak berdua nie’ Waiz menggumam rendah.

                Rutin hariannya bermula seperti biasa. Sudah hampir tiga tahun dia tinggal di Perancis untuk menyambung pelajarannya. Peti sejuk dibuka. Minuman detoks yang menjadi minuman hariannya sebelum memulakan hari diambil. Earphone dipasang di telinga. Mp3 player memainkan playlist lagu kegemarannya. Pintu rumah dibuka. Lantas John si German Shepherd meluru ke arahnya. Anjing baka German Shepherd itu diselamatkannya daripada kesejukkan. Lantas di ambil untuk dijaga sepanjang tempoh dia berada di Perancis.

                Rutin harian John selalu menemani Durrani berjoging di taman dan menjaga rumahnya. Masyarakat Perancis yang melebihkan Mazhab Hanafi tidak menjadi masalah kepadanya untuk menjaga dan membela anjing itu. Selepas ini John akan diserahkan kepada jirannya pasangan dari Belanda yang bekerja di Perancis.

                Berulang kali Fath Danial cuba membuat panggilan kepada Durrani Hafuza. Namun, satu panggilan pun tidak di jawab dan lebih teruk nombor Durrani berada di luar kawasan. Berpuluh mesej yang ditinggalkan pun tidak dibalas. Ditambah lagi dengan akaun facebooknya di sekat oleh Durrani. Segala medium hubungannya dengan Durrani terputus. Seolah-olah gadis itu benar-benar hilang. Gambar arwah isterinya dipandang. Masih diingat pesan si isteri untuk mencari kembali Durrani. Waiz Hakim dan Aima Insyirah langsung tak membantu. Seolah-olah ada rahsia yang tersimpan oleh mereka berdua.

“Tuan, saya dan Irfan Zikri hendak memohon perlepasan cuti sehari. Rakan kami hendak pulang dari Perancis da nada sedikit celebration.” Suara Harraz Rasydan memecah gegendang telinganya.

“Berapa lama Harraz?”

“Sehari je tuan”

“Baiklah” tanpa banyak soal, tanda tangan diturunkan pada borang permohonan cuti Harraz dan Irfan.

                Selepas 3 tahun kehilangannya, Durrani pulang kembali ke Malaysia. Tak banyak perubahan yang dilihatnya. Kelihatan dari jauh mama dan ayah serta rakan-rakannya turut ada untuk menyambut kepulangannya daripada Perancis.

“Durrani Hafuza!!!” Harraz dan Irfan terlebih dahulu menjerit namanya. Durrani malu. Tidak tahu dimana hendak diletakkan mukanya. Tangan mama dan ayah dicapainya. Bahagia rasanya masih dapat menatap wajah keduanya. Dia kini lebih tenang.

“So, Durrani nak balik rumah ayah atau nak balik Valencia?” Tuan Firdaus bertanyakan anak gadis kesayangannya itu.

“Valencia lah. Rehat sana lagipun lusa dah nak kena masuk bekerja balik lah ayah”

“Cepatnya sayang. Tak nak rehat dahulu ke?”

“Too much rehat mama dekat sana. Pak long cakap boleh je kalau nak cuti tapi rasanya better kerja terus kot. Kumpul duit.”

                Seakan pernah dilihat wajah itu. Terpegun sebentar Fath Danial melihat Durrani Hafuza dari jauh dengan dikelilingi oleh ahli keluarganya. Tiga tahun dia mencari dan menjejaki Durrani, secara tiba-tiba Durrani muncul dihadapannya.

“Oit, kau pandang saper tuh?” Khalish Iman mencuit bahu rakannya.

“Eh? Tu bukan ke Durrani?” baru dia sedar pandangan Fath Danial sebenarnya jatuh kepada gadis itu sedari tadi. Masih diingat semasa Dr. Annisa menyuruh dia dan Fath mengambil gadis itu di Terminal Bas Bersepadu semasa gadis itu melawat Dr. Annisa untuk bertanyakan projek sarjana mudanya. Seingatnya Durrani Hafuza adalah adik angkat kepada Fath Danial. Tapi apa yang berlaku? Kenapa Fath seakan tidak tahu perihal Durrani.

“Dah, jom. Aku hantar kau balik dulu. Lepas tu aku ada mesyuarat pulak” Laju langkah Fath Danial meninggalkan Khalish Iman. Khalish Iman yakin sesuatu telah berlaku di antara Fath Danial dengan Durrani Hafuza. Dia pasti akan mencungkil rahsia yang berlaku diantara mereka.

                Rumahnya di Valencia kelihatan sama seperti semasa dia meninggalkan rumah untuk ke Perancis dahulu. Kemas bersih dan teratur. Pastinya mama dan ayah mengupah orang untuk mencuci rumahnya selalu. Langkahnya diatur ke bilik tidur utama. Biliknya kelihatan sama. Gambar Fath Danial yang diambil secara curi-curi tiga tahun lalu masih di tempat yang sama. Dia mengerling jam di tangan. Baru masuk waktu zohor, sempat rasanya jika dia keluar untuk membeli barangan dapur dan barangan lain.

                Skirt labuh hitam dicapai bersama blouse merah jambu paras punggung. Tudung warna senada diletakkan di atas kepala dan di pinkan. Selesa dengan gayanya yang simple. Durrani Hafuza mencapai beg tangan di atas katil lalu keluar dari rumah. Perlahan Volkswagen Jetta kesayangan memasuki Alamanda Putrajaya. Langkahnya laju diatur menuju ke Jusco. Kata Waiz, dia menunggu di hadapan pintu masuk Jusco. Melebar senyum di wajahnya melihat jejaka tersebut segak berbaju kemeja. Dari tempat kerja gamaknya. Serba salah pulak rasanya meminta Waiz Hakim menemaninya membeli-belah.

                “Sorry lambat.” Durrani hanya mampu sengih memandang Waiz. Terletus tawanya melihat Waiz membuat wajah geram.

“So, nak beli apa nie?”

“Well, since semua orang nak gather dekat rumah Durra minggu nie, so nak kena beli banyak barang lah. Barang-barang untuk pastri dan kek. Bahan basah boleh beli one day before dekat pasar.”

“Nanti masak sorang ke macam mana nie”

“Nope, Aima dengan Dhuha nanti bantu.”

“Nak bagitahu sesuatu nie” wajah Durrani mula menampakkan cuak. Dia cukup pantang mendengar ayat itu. Seakan-akan ada rahsia besar atau pengakuan yang perlu didengarnya.

“For your information, Kak Aisya Hana passed away masa give birth dekat baby dia dengan Fath. It’s baby girl. Dah almost 2 years gak rasanya Kak Aisyah passed away”

“On what purpose Waiz ceritakan hal ini dekat Durra?” tangannya laju mencapai bahan-bahan pastri. Waiz hanya tolong menolak troli.

“Maybe Durra nak balik ke Fath Danial. He’s looking for you right after you went away masa wedding haritu. He keep asking me and Aima. Tambah-tambah after kak Aisya passed away, he comes and see your parents.” Perlahan Waiz mengusap pipinya. 

Otaknya memikirkan ayat yang sesuai untuk diceritakan kepada Durrani. Dia tak nak gadis itu melenting. Namun, Durrani yang dia kenal sekarang hanya mendiamkan diri dan kelihatan tenang. Waiz Hakim menambah lagi “And, Waiz invite Fath to come along to our gathering and bring along his daughter. Tak apa kan? His daughter named Nadine Almira”

Riak wajah Durrani masih tenang. Tak ada tanda-tanda melenting atau marah sebaliknya langkah Durrani laju menuju ke arah barang mainan kanak-kanak dan buku cerita. Beberapa set mainan diletakkan didalam troli.

“Kenapa beli mainan?”

“Tanda I don’t hate Fath Danial. About getting back to Fath ke apa ke. Tu nanti. Sekarang tak ada niat macam tu pun. Everytime Durra pray hope they will be happy together. Further, Durra nak bagi peluang dekat orang lain.”


Waiz Hakim hanya mendiamkan diri. Durrani Hafuza benar-benar telah membawa diri dan tidak lagi mempunyai perasaan terhadap Fath Danial. 

Seindah Memori

Seindah Memori
Di tangan kanan buku Harun Yahya Mariam An Example Women manakala di tangan kiri Tafsir Wanita Dalam Al-Quran karya Syeikh Imad Zaki Al-Barudi. Kepalanya tergeleng ke kiri ke kanan. Buntu membuat pilihan. Timbang tara duit dalam poket dilakukan. Akhirnya kedua-dua buah buku tu dibawa ke kaunter buku MpH Bookstore.  Siham Nahlan sedang menunggunya di Tijani Cake House. Dia perlu cepat.

 Baru sahaja langkah kakinya membelok ke arah Tijanji Cake House, pandangan matanya gelap. Badannya terasa ringan. Dia pitam betul-betul di hadapan pintu masuk Tijani Cake House.

“Hana!”belum sempat tubuh gadis itu jatuh mencecah tanah seorang pemuda terlebih dahulu menyambarnya. Siham Nahlan terkesima. Pantas langkah kaki diatur mengekori pemuda terbabit.

“Tunggu! Err… Saudara.” Pandangan mata pemuda itu tidak mampu dilawannya. Selesai meletakkan Nur Hana Aiman,pemuda itu membukakan pintu hadapan Mitsubishi Lancer itu untuknya. Siham Nahlan hanya mampu mengikut sahaja.

Perlahan pemuda itu membelok Lancer miliknya menuju ke Pusat Perubatan Islam Antarabangsa. Beberapa orang jururawat perempuan tiba bersama dengan kerusi roda. Perlahan tubuh Nur Hana Aiman dicempung pemuda terbabit lalu diletakkan di kerusi roda. Siham Nahlan hanya mampu melihat. Terbit dalam hatinya perasaan kagum apabila melihat segala perlakuan pemuda terbabit yang terlalu gentlemen baginya.

Nahdan Zafar Islam mencapai kot putih miliknya. Laju langkah diatur menuju ke wad kecemasan yang menempatkan gadis yang dibantunya tadi. Dilihat walidnya Dr. Zakaria Ismail sedang memeriksa gadis itu dengan dibantu oleh beberapa orang jururawat wanita. Dr. Zakaria Ismail memberikan senyuman kepada anak bujangnya itu.

“Nahdan kenal ni sapa?” hanya gelengan yang menjawab persoalan dari walidnya. Wajah walidnya bertukar mendung. Seolah-olah akan hujan.

“Kesian Hana. Baru 22 tahun ni kalau walid tak salah. Tapi dah sakit. Ini Nur Hana Aiman. Anak Uncle Iskandar.” Uncle Iskandar. Seorang usahawan yang berjaya. Bisnes di merata tempat. Terbaru yang didengarnya Uncle Iskandar menjalankan perniagaan di Kanada.

‘Nur Hana Aiman.’ Nama itu bermain dihatinya. Entah kenapa hatinya berasa tenang tatkala menatap wajah itu. Rakan gadis itu dilihatnya sabar menanti Hana sedar dari tidurnya. Lembut suara itu melontarkan ayat-ayat dari kalam Allah.
Kepalanya terasa berat. Dia cuba untuk menstabilkan dirinya. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Wajah Siham Nahlan menerpa. Gadis itu tersenyum memandangnya. Segaris senyuman diberikan sebelum dirinya kembali tertidur.

“Dr. Nahdan. Hana sebenarnya sakit apa? Dia tak pernah cerita tentang dirinya.” Suara Siham Nahlan mengembalikannya ke alam sedar. Dia hanya tersenyum.

“Hana tak beritahu dan tidak akan beritahu. Cukup degil dan keras kepala.” Dia hanya tergeleng lalu tersenyum sendiri. Terbayang segala memori bersama gadis itu. Membesar bersama walaupun jarak usia mereka adalah 6 tahun. Dia bertindak seolah-olah menjadi abang kepada gadis itu.

Perasaan sebenar? Ya! Dia cinta akan gadis itu. Nahdan Zafar Islam cinta akan Nur Hana Aiman. Gadis yang periang,penyayang tetapi degil. Seindah namanya. Nur Hana Aiman bukanlah calang-calang gadis. Hana seorang yang tabah. Hana membesar sendirian walaupun dilahirkan didalam dulang emas. Uncle Iskandar terlalu sibuk dengan bisnes. Segala urusan Hana diserahkan kepada pembantu rumah selepas isterinya Auntie Aina meninggal 4 tahun yang lalu.

“Baliklah Siham. Ana akan hantar Hana pulang. Enti tunggu pun tiada guna. Hana tidak akan memberitahu enti mengenai penyakitnya.” Tanpa riak wajah dia menuturkan. Bukan niat untuk melukakan hati gadis itu namun dia cukup kenal dengan Nur Hana Aiman.

Langkah Hana menjadi semakin lama semakin laju. Dia sudah terlambat untuk ke kuliah Proffesor Ahmad. Ini semester terakhirnya. Dia ingin Berjaya dengan cemerlang. Segulung ijazah akan dibawa pulang untuk arwah ibunya. Papanya terlalu sibuk dengan dunia bisnes sehinggakan anak sendiri terabai.

“Hana. Cuba la jalan perlahan sikit. Penat kejar Hana tahu dak.” Siham Nahlan menarik muka empat belas. Hana hanya tersenyum.

Dapat dilihat wajah itu tersenyum nakal disebalik purdah putih itu. Lantas langkahnya dicepatkan. Cuba untuk menyaingi langkah Nur Hana Aiman. Akhirnya ketawa kecil tercetus dari bibir mereka. Penat berkejaran.

‎"The only true gift is a portion of yourself." Kata-kata terakhir Proffesor terniang-niang di telinganya.

“Hmmmm…sayangi diri sendiri.” Tanpa disedari ayat itu terlontar perlahan dari bibirnya. Wajah Siham Nahlan disebelah dipandang. Bertuahnya diri mempunyai sahabat seperti Siham Nahlan. Sehati dan sejiwa. Sentiasa bersama tak kira waktu.

Laptop Apple miliknya dibuka. File dokumen assignment terakhir dibuka. Tangannya laju menaip di papan kekunci. Berpandukan Kitab Bahrul Mazi karya Sheikh Idris al-Marbawi. Cepat sahaja tugasan yang diberikan dapat disiapkannya. Badannya mula terasa penat. Seharian berada di kampus. Berulang-alik antara kuliah-perpustakaan-makmal. Lagaknya seperti tak cukup tanah je berjalan.

Semester akhir. Pelajar tahun akhir sibuk dengan pelbagai kerja khusus, kertas kerja dan projek. Dia dan Siham sendiri sibuk dengan kertas kerja mereka. Sesibuk macam mana pun Nur Hana Aiman memastikan waktunya tetap ada bagi mendalami ilmu di Pondok Salafus Saleh di Bernam.

Berbaki dua bulan sebelum dia dan Siham menjejakkan kaki ke dalam dewan peperiksaan. Segala persediaan telah mula dilakukan dengan cukup rapi. Dia berazam untuk menjadi pelajar terbaik sekali lagi. Itu impiannya. Brain tumor yang dihadapi bukanlah satu pengahalang baginya untuk berjaya. Rahsia masih tersimpan kemas antara dia,Nahdan dan Uncle Zakaria.

Uncle Zakaria yang merupakan doktor peribadi keluarga sejak sekian lama berjanji untuk tidak menceritakan hal ehwal penyakitnya kepada papanya. Bukan kerana kejam namun dia tidak mahu papa berada berdekatan dengannya. Dia kekok setiap kali bersama papa sebab itulah dia tidak teragak-agak untuk menyewa di kawasan berdekatan kampus. Biarpun kehidupannya mewah. Segala yang diinginkannya sentiasa papa penuhi namun bukan ini yg dia inginkan. Dia dahagakan kasih sayang seorang ayah sekian lama. Kematian arwah ibu menjadikan papa seorang workaholic. Terlalu workaholic.

Segala keperluannya diserahkan kepada peguam keluarga Uncle Megat. Abang-abangnya pula telah berkahwin kecuali kembarnya Mohd Haris Aiman yang berada di negeri atas angin tatkala ini. Hanya telefon dan skype menjadi penghubung dia dan abangnya itu.

“Termenung  nampak.” Perlahan suara Siham menerpa gendang telinganya. Dia tersentak.

Menjadi kegemarannya dan Siham untuk mengulang kaji di Tijani Cake House hinggakan pekerja di Tijani Cake House ini mengenali mereka.

“Dr. Nahdan! Dr. Zakaria ingin berjumpa Dr di biliknya sekarang.” Seorang jururawat memaklumkan kepadanya.  Nahdan hanya menganggukkan kepalanya. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Hilang segala persoalan tatkala terpandangkan Nur Hana Aiman di hadapan bilik walidnya.

“Assalamualaikum. Hana sihat?” senyuman diberikan kepada gadis berpurdah itu. Dapat dilihat wajah itu kelihatan cangkung walaupun disebalik purdah.  Tangan gadis itu semakin kurus.

“Waalaikumussalam. Hana sihat,” jawabnya perlahan sambil matanya tunduk memandang ke lantai. Tidak berani untuk melawan mata doktor muda itu. Benarlah kata Siham. Mata Doktor Nahdan menakutkan. Pandangan yang tajam.
Bilik Uncle Zakaria kelihatan kemas. Terdapat model otak dan tulang manusia di satu sudut. Hana mengambil tempat di sebelah Uncle Zakaria. Nahdan mengambil tempat bertentangan dengan walidnya.

“Hana. Uncle panggil Hana ke sini sebab nak Hana tahu bahaya penyakit Hana. Hana perlu lakukan pembedahan dengan segera. Uncle dah cerita kepada Uncle Megat. Kita tunggu Uncle Megat dating sekejap ya,”lembut suara Uncle Zakaria menyentuh telinganya.

Serentak dengan itu kedengaran pintu bilik dibuka dan ditutup. Hana mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Kelihatan Uncle Megat tersenyum ke arahnya. Uncle Megat mengambil tempat disebelah nya. Perbincangan demi perbincangan dilakukan. Hana menegaskan jangan sesekali diberitahu papanya berkenaan penyakitnya. Dia tak nak papanya berasa serba salah kerana mengabaikannya. Uncle Megat dan Uncle Zakaria hanya terdiam.

Nahdan sabar menunggu Hana sedar dari lenanya yang panjang. Pembedahan itu berjaya namun risikonya tetap ada. Sudah tiga hari dia tidak tidur. Sabar menanti Hana terjaga dari lenanya. Badannya terasa penat namun digagahkan jua kerana dia ingin menjadi insan pertama yang berada di sisi Hana apabila gadis itu sedar kelak.

Langkahnya diatur perlahan menuju ke tandas yang disediakan di dalam bilik yang menempatkan Hana. Dia ingin mengambil wuduk. Kembali mengaji untuk gadis itu. Nahdan Zafar Islam terkedu apabila terpandangkan dua kelibat yang sangat dikenalinya sejurus keluar dari tandas.

Kedatangan Uncle Iskandar bersama Haris Aiman dalam ruang kamar itu benar-benar mengejutkannya. Tangan lelaki itu dicapai lalu disalam. Riak Uncle Iskandar tidak dapat ditafsirkan. Mereka hanya berbalas pandang. Dilihatnya Haris Aiman telahpun mencapai senaskah al-Quran lalu mengambil tempat di sini Hana.

“Uncle nak tahu pasal Hana ke? Nahdan bawakan uncle berjumpa dengan walid jom,” perlahan sahaja dia menuturkan ayat itu. Dia meninggalkan Uncle Iskandar bersama walidnya.

 Biarlah kedua-dua lelaki itu bertukar-tukar cerita. Biarlah Uncle Iskandar mengetahui tentang penyakit Hana. Biarlah Hana memarahinya setelah gadis itu tersedar nanti. Dia ingin Hana sedar bahawa Hana masih lagi dibawah tanggungan papanya. Tujuannya mengajak Uncle Iskandar pulang dari Kanada hanyalah untuk merapatkan kembali lelaki itu dengan anak gadisnya.

Dia ingin menyatakan hasrat untuk memperisterikan Hana. Dia ingin menjaga gadis itu sehinggalah gadis itu benar-benar sembuh dari penyakitnya. Menjadi rutin hariannya membaca al-Quran dan pelbagai buku di sisi gadis itu. Selesai sahaja tugasnya di klinik hospital Nahdan akan terus menapak ke kamar yang menempatkan bidadarinya itu.
Kelihatan Siham Nahlan mengambil alih tugasnya hari ini. Langkah diatur menuju ke biliknya.  Dia ingin menghabiskan kerjanya yang tersisa. Siren kecemasan dari bilik Hana mengejutkannya. Pantas dia berlari menuju ke bilik itu. Dia mengambil tempat disebelah Hana.

Perlahan Hana membuka kelopak matanya. Wajah pertama yang dilihatnya ialah Nahdan Zafar Islam. Dapat dirasakan jantungnya seakan-akan terhenti apabila terpandangkan papa dan abangnya. Matanya menagih jawapan dari Nahdan namun pemuda itu kelihatan seolah-olah tidak tahu dengan semua ini.

“Kalau Hana nak tahu jawapan teka-teki semalam Hana kena makan ubat ni dulu.okay?” wajah Hana yang sudah masam dipandangnya. Bukan dia tidak tahu Nur Hana Aiman cukup tidak suka makan ubat. Hanya dengan paksaan sahaja barulah gadis itu akan mengambil ubatnya. Nahdan puas apabila melihat Hana mengambil semua ubatnya. Tiada kompromi sehinggalah gadis itu benar-benar sihat.

Setelah itu dicapainya pula buku cerita sirah nabi yang berada di sebelahnya. Sudah menjadi rutinnya membacakan kisah-kisah nabi dan teladan kepada gadis itu. Hana hanya mendengar setiap bait kata yang ditutur Nahdan. Hana akui hilang segala kebosanannya apabila Nahdan sanggup menghabiskan masa bersama-sama dengannya.

“Rasulullah berkata kepada Aisyah. ‘Berwaspadalah engkau daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma,” Nahdan menghabiskan ayat terakhir yang dibacanya.

Nahdan tersenyum melihat Hana yang tertidur semasa dia membacakan cerita. Wajah yang tenang itu direnungnya. Ingin sekali dibelai wajah itu namun dia cepat-cepat tersedar. Nahdan meraup wajahnya. Berkali-kali dia mengucapkan istighfar dalam hati. Hatinya nekad. Kepulangan Uncle Iskandar kali ini akan menjadi wali kepada Hana. Lantas dia bangun lalu berlalu dari situ.

“Nahdan. Tunggu,” suara Siham Nahlan menghentikan langkah kaki Nahdan. Perlahan Nahdan berpusing memandang Siham.

“Err… Awak nak ke mana? Hana okay?” bertalu-talu soalan terlontar dari bibir gadis itu.

“Hana okay. Dia tengah tidur. Pergilah tengok. Ana nak pulang ke rumah sebentar. Nanti malam ana datang balik. Ana ada perkara yang perlu diuruskan,” selesai menuturkan Nahdan berlalu pergi dari situ.

“Nahdan dah fikir habis-habis? Walid tak nak Nahdan buat keputusan melulu dan walid tak nak Nahdan memperisterikan Hana kerana kasihan dan bukan kerana hartanya.” Tegas walid dalam meminta penjelasan. Walid seorang yang sangat tegas terhadap anak-anaknya terutama anaknya yang bongsu ini, Nahdan Zafar Islam bin Zakaria.

“Nahdan memang dah fikir masak-masak. Sebenarnya Nahdan dah lama simpan perasaan terhadap Hana. Nahdan nak jaga Hana walid. Sekarang pun memang Nahdan sedang menjaga Hana tapi terbatas. Walid faham kan?” dia memandang tepat ke dalam mata walidnya. Ingin memberitahu bahawa dia bukanlah bermain-main dengan keputusan yang satu ini.

Hana semakin rapat dengan papanya. Seringkali papanya mengambil alih tugas Nahdan setiap kali pemuda itu terpaksa meninggalkannya atas kes-kes kecemasan. Nahdan seolah-olah ingin memberi ruang kepada mereka untuk memperbaiki hubungan.

“Hana, kalau Nahdan nak jaga Hana memang papa setuju sangat. Papa tengok sayang sangat Nahdan kat Hana. Tak la papa risaukan anak papa lagi dah.” Pantas Hana mengangkat kepala dari bahu papanya. Riak wajahnya bingung memandang papanya.

“Maksud papa? Nahdan nak ambil Hana sebagai isteri dia? Hana kan sakit ni pa?” Hana seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan itu. Melihat papanya hanya menganggukkan kepala membuatkan Hana terkesima. Ternyatalah Nahdan memang tidak bermain-main dengannya. Hatinya mula terasa bahagia.

“Ikut papalah. Apa jawapan papa Hana terima.” Dia tersipu malu. Dalam hati dah ada bunga api. Nak cakap terus-terang dia malu. Mukanya terasa panas. Dato’ Iskandar memandang anak gadis kesayangan. Dia tersenyum melihat Hana yang kelihatan serba salah.

“Hana bernikah atas katil hospital. Malam pertama pun kat sini eh?” satu cubitan dihadiahkan kepada Siham. Suka-suka je nak usik orang.

 ‘Tak pe. Ada ubi ada batas. Waktu kau nak nikah nanti aku pulak balas.’ Hana menggumam sendirian. Dihadiahkan senyuman marah kepada Siham. Berdebar hatinya tatkala memandang Nahdan mengadap papanya.

“Aku terima nikahnya Nur Hana Aiman binti Iskandar dengan mas kahwinya seratus dua puluh lima ringgit tunai.” Sekali lafaz Nahdan menuturkan ayat itu. Dia kini menjadi suami dan pelindung kepada bidadari yang dinanti.

Tangan Nahdan dikucup. Sesudah itu dapat dirasakan Nahdan mengucup lembut keningnya. Hatinya diserang sebak tiba-tiba. Andainya Ibu masih ada. Pelukan dari Ummi Nahdan benar-benar mengharukannya.

“Sayang. Selagi abang mampu. Abang akan menghadiahkan sayang memori yang indah sepanjang hidup kita insyaAllah. Lepas sahaja sayang sihat nanti. Kita akan melawat papa di Kanada. Semuanya abang dah uruskan.” Sungguh dia bahagia berada di sisi lelaki yang benar-benar menyayangi dirinya.



Taman Hati

Taman Hati
“Hilman! Jom! Cepatlah. Sat gi lambat pulak.” Ketukan dimeja mengejutkannya. Waiz Hakim memberikan pandangan yang kurang menyenangkan baginya. Lupa pula hari ini merupakan giliran mereka untuk melawat tapak pembinaan projek masjid baru yang akan dibina berdekatan dengan i-City Shah Alam.

Pantas tangannya mencapai kunci kereta,jam tangan,wallet kesayangan dan pelan masjid di atas meja. Selesai memaklumkan pemergiannya kepada setiausaha yang setia membantu Hilman berlari-lari anak mendapatkan rakannya Waiz Hakim itu. Kelihatan Waiz Hakim sudahpun menunggu di BMW 535i miliknya.

“Jangan la kalut sangat. Tercungap aku kejar kau tahu dak?” perlahan dia mengeluh sambil menggeleng. Waiz Hakim hanya tersengih. Dia tahu Hilman Daiyan tidak sesekali akan memarahinya kerana mereka terlalu akrab. Bagaikan adik-beradik sahaja lagaknya.

BMW pemberian papanya dibelok perlahan menuju ke tapak pembinaan. Panas terik menerpa. Pantas kaca mata hitam Nine West pemberian tunang tersayang Nisrina Sofia dipakainya. Waiz Hakim dilihatnya sedang khusyuk meneliti pelan pembinaan masjid. Berbaki 6 bulan lagi sebelum masjid rekaannya siap sepenuhnya. Masjid ini akan dirasmikan dengan majlis pernikahannya bersama Nisrina Sofia. Ingin diabdikan detik indah mereka di masjid rekaannya ini.

Sentuhan terakhir diberikan kepada cupcakes yang dibuatnya. Ternyata Nisrina Sofia sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Cupcakes ini akan diberikan separuh kepada Hilman Daiyan apabila pemuda itu berkunjung ke kafe miliknya selepas waktu bekerja nanti.

Cupcakes comel ini adalah hadiahnya untuk mama Hilman Daiyan bersempena hari ulangtahun wanita korporat itu. Sungguh dia sangat senang bersama dengan wanita itu. Sesungguhnya Datin Amina bukanlah seorang yang sombong. Wanita itu penuh dengan kasih sayang yang melimpah-ruah sekaligus mengingatkannya kepada bonda tercinta yang menetap di Jordan.

“Ting Tong!” bunyi loceng mengejutkannya. Terhenti sentuhan terakhirnya.

Kelibat Hilman Daiyan membuatkan dia tersenyum. Bertambah lebar senyumannya tatkala ternampak jambangan bunga mawar putih yang besar dibawa jejaka itu. Dia tersenyum memandang jejaka itu. Sememangnya jejaka itu pandai mengambil hatinya. Namun begitu, pergaulannya bersama jejaka itu tetap dijaga.

Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama merupakan satu bonus untuknya. Sejak kecil lagi dia dibawa oleh abinya untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dikawasan penempatan mereka. Lebih-lebih lagi datuknya merupakan salah seorang pengasas pondok di Kedah. Sememangnya dia di kawal ketat oleh abang dan pakcik-pakciknya.

“Dah siap ke Sofia? Ada yang Hilman perlu bantu?” lembut suara Hilman menerpa telinganya. Sofia memberikan segaris senyuman kepada Hilman.

“Hilman tolong ubah pasu dekat pintu masuk tu then letak kat tepi kaunter nie. Kemudian ambil pula pasu bunga dekat luar tu then letak dekat pintu masuk. Kek mama Hilman dah siap. Sofia nak pi ambil dekat dalam sekejap. Kalau pelanggan datang jangan risau. Tu Armina ada tengah lipat tisu dekat meja hujung tu. Okay?”  satu demi satu arahan yang keluar dari bibir Sofia. Hilman membuat gaya ingin mencekik Sofia tetapi Sofia hanya membalas dengan senyuman mengejek.

“Pandai je arah orang mak cik sorang nie. Hurm. Sofia. Sofia.” Hilman merungut sendirian. Dilihatnya Armina hanya tersenyum memandangnya.

Masih diingatannya kali pertama dia bertandang ke Kafe Saujana Hati milik Sofia bersama-sama dengan mamanya. Tidak dipercayainya gadis muda seperti Sofia telah memiliki perniagaan sendiri biarpun hanya sebuah Kafe.

Kedudukan yang strategik dan pelbagai jenis makanan yang disediakan membuatkan Kafe milik gadis ini dikenali dengan pantas di kawasan sekitar ini. Ditambah lagi dengan kemudahan wi-fi dan suasana Kafe yang comel dan ceria serta menenangkan. Dia menjadi kagum dengan gadis ini.

Sofia muncul dihadapannya bersama dengan segelas air oren dan sepotong kek. Gadis itu tersenyum memandangnya. Gadis itu memang suka melemparkan senyuman manisnya. Masih diingat pertanyaannya kepada Sofia kenapa gemar tersenyum. Gadis itu hanya menjawab “senyum itu kan sedekah. Baginda Nabi S.A.W adalah insan yang paling banyak memberikan senyumannya. Sofia pun nak senyum banyak-banyak. Nak contohi baginda rasul.”

“Nice la susun atur pasu yang Hilman buat. Hurm.” Anak mata Sofia yang berwarna hazel direnungnya tanpa gadis itu sedar. Sofia seakan-akan berpuas hati dengan hasil kerjanya.

“Hurm… Sedap la kek ni. Resipi baru eh?” Hilman menunjukkan kek yang berada di dalam piringnya. Sofia hanya menganggukan kepalanya.

“Erm.. Baru punya resipi. Percaya atau tak Sofia ekstrak sendiri kelopak mawar putih untuk dibuat perasa. Jadi la kek bunga mawar putih. Icing pulak Sofia guna perisa oren. Jadi rasa dia macam masam-masam manis sikit kan?” biarpun dia tidak beberapa memahami apa yang diucapkan Sofia namun Hilman tetap memberikan tumpuan kepada percakapan Sofia.

“Eh? Dah habis makan ke belum? Cepatlah nanti tertunggu pula mama awak. Cakap kat mama awak yang Sofia tak dapat pergi jenguk sebab hari ni turn Sofia jaga kedai.” Ujar gadis manis itu sambil menyerahkan kotak pink yang berisi cupcakes comel kepada Hilman. Wajah Hilman mencuka. Sofia tertawa.

“Pergi balik la awak. Tak comel tau orang besar macam awak merajok. Sofia betul-betul minta maaf sebab tak dapat pergi.” Ujar gadis itu lagi sambil mengangkat kening double jerknya.

Semenjak dirinya mengenali Nisrina Sofia dia mula berubah sedikit demi sedikit. Dari seorang yang panas baran dia menjadi seorang yang penyabar. Jika dahulu waktu solat sentiasa dilengahkannya sekarang dia cuba untuk solat diawal waktu. Gadis bernama Nisrina Sofia benar-benar telah mengubah dirinya. Masih terngiang-ngiang di telinganya tazkirah solat diakhir waktu yang diberikan Sofia.

“Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat. Jika berpuasa ,amalan kita terus kepada Allah. Tapi jika kita bersolat, ada posmen pula yang hantar amalan kita kepadanya.

Jika solat pada akhir waktu, tak perlu bayar tol jugak tetapi sekatannya,masyaAllah! Dilangit pertama penjaga tol marahkan posmen kita. Disoalnya mengapa lewat poskan amalan kita? Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan tapi penjaga tol langit pertama tak hiraukan sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan ke bumi lalu jatuh berderai.

Maka tidak sampailah amalan kita pada Allah seolah-olah kita tidak solat jugak. Jadi,bersedialah kita menerima pembalasannya. Jika tidak diakhirat,di dunia… Hilang duit,susah hati,ujian bertimpa-timpa. Jadi tiada maknanya solat lewat kerana amalannya tidak sampai.. Tidak ada nilai. Sebaliknya kena azab lagi”

“Pin!!!!!!” bunyi hon lori dari depan menghentikan lamunannya. Dia tersentak apabila melihat keretanya berada di laluan bertentangan. Stereng BMW 535i itu dipusing habis. Hilman Daiyan kehilangan kawalan ke atas keretanya. BMW miliknya melanggar lori dihadapan. Hilman Daiyan tercampak keluar ke bahu jalan.

Seorang lelaki mendekati Hilman. Pantas pemuda itu menekan nombor telefon kecemasan apabila mendapati jejaka itu masih bernyawa. BMW 535i milik Hilman Daiyan remuk.

Bingkai foto yang menempatkan gambarnya bersama-sama dengan Hilman sempena majlis pertunangan mereka terhempas jatuh berderai. Nisrina Sofia terkejut. Gerak hatinya menyatakan sesuatu yang buruk telah terjadi kepada tunangnya. Perlahan tangannya dilurutkan ke dadanya. Cuba untuk bertenang. Langkahnya pantas diatur menuju ke biliknya di belakang. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat hajat memohon perlindungan kepada tunangnya itu.

Naskah tafsir al-Quran dicapai. Nisrina Sofia memulakan bacaannya. Hatinya cuba ditenangkan sehabis mungkin.
Dr Iwadh cuba menyelamatkan jejaka itu. Lukanya agak parah. Hilman Daiyan patah rusuk kiri. Datin Amina dan Dato’ Harun telah lama menanti di situ. Datin Amina benar-benar rasa bersalah kerana menyuruh anak bujangnya mengambil kek dari Kafe bakal menantunya itu. Sepatutnya dia menyuruh sahaja Pak Mat untuk mengambil pesanan itu. Nisrina Sofia belum diberitahu. Datin Amina tidak dapat meneka penerimaan gadis itu.

“Kring! Kring! Kring! Kring!” deringan tanpa henti menghentikan bacaan Nisrina Sofia.

Kehadiran kakak Hilman,Huraiyyah Tuhina disitu mengejutkannya. Wajah Huraiyyah keruh. Hatinya mula mengesyaki sesuatu telah berlaku kepada tunangnya itu.

Nisrina Sofia berlari anak menuju ke wad kecemasan yang menempatkan Hilman Daiyan. Datin Amina yang terpandangkan gadis itu hadir bersama dengan anaknya terus memeluk gadis itu. Wajah Nisrina Sofia kelam. Tiada air mata di wajahnya. Wajah itu kelihatan tenang.

“Ma.. Hilman tak apa-apa kan?” lembut suara Sofia menampan telinga Datin Amina. Wanita itu hanya mengangguk lemah.

“Sabar ye sayang. Kita sama-sama doa supaya Hilman tak apa-apa. Dr cakap kita kena doa bagi Hilman dapat melepasi saat kritikal ni.” Perlahan dia mengusap tangan gadis itu. Sofia terangguk-angguk. Datin Amina buntu. Dia tidak dapat membaca riak wajah Nisrina Sofia.

“Ma.. Sofia nak ke surau. Sofia tunggu sana. Nanti bila Hilman dah sedar. Mama bagitau Sofia yea?” perlahan dia menuturkan. Datin Amina mengangguk lagi. Dia tahu gadis itu perlukan ketenangan.

Matanya sayu memandang Huraiyyah Tuhina memapah gadis itu menuju ke surau. Suaminya Dato’ Harun tidak lekang dengan tafsir al-Quran ditangan. Kehadiran anak sulungnya Khairul Harisin disisi mengurangkan gundah gulana jiwanya.

“Maafkan saya. Anak Dato’ dan Datin lumpuh dari pinggang ke bawah. Walau bagaimanapun, lumpuh Hilman bukanlah lumpuh selamanya. Hilman boleh diubati. Kita akan sedaya upaya menolong untuk mengubati Hilman.” Suara Dr Iwadh menampan telinga mereka di ruang bilik yang menempatkan Hilman Daiyan.

Wajah Hilman Daiyan yang muram dipandangnya. Nisrina Sofia buntu. Dia kehilangan cara untuk membuatkan Hilman berbicara dengannya. Perlahan Sofia bangun meninggalkan Hilman. Langkahnya terhenti tatkala Hilman memegang lengannya. Wajah Hilman sayu mengundang hiba di hatinya. Dia hanya ingin Hilman tahu yang dia tetap akan kekal bersama Hilman walau apapun terjadi.

“Sofia tak kisah ke dengan keadaan abang macam nie?” pertanyaan Hilman tidak dapat membendung kesedihan hatinya. Air matanya jatuh tanpa diminta.

Perlahan dia duduk kembali di sisi Hilman. Tangannya masih berada di dalam genggaman Hilman. Mujurlah dia memakai sarung tangan namun perlahan ditarik tangannya dari genggaman Hilman.

“Hilman. Jabatlah tangan ayah Sofia. Lafazkanlah Aku terima nikahnya. Sofia nak jaga Hilman sampailah Hilman betul-betul sihat. Boleh?” pertanyaan Sofia mengejutkan Hilman. Dia tertunduk.

“Sofia tak menyesal?” gelengan Sofia menjawab soalannya.

Hatinya kembali berbunga. Semangatnya kembali berputik. Seharusnya dia bersyukur kerana dia diberi peluang kedua untuk menjalani hidup yang lebih baik di samping orang tersayang. Tekadnya satu. Ingin kembali menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

“Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedang mereka belum diuji?~surah al-Ankabut(29:2)” lembut suara Sofia mengingatkannya.

Kehadiran Sofia dalam hidupnya membungakan kembali taman hatinya. Bersama-sama Nisrina Sofia,Hilman Daiyan kembali mengutip serpihan semangatnya lalu dicantumkan kembali. Kehadiran si kembar Fath Danial dan Durrani Hafuza selepas dia benar-benar sihat telah menambahkan lagi kesyukurannya kepada Yang Maha Berkuasa.

p/s : idea di tengah malam..


Mencari Bintang

Mencari Bintang
Tangannya lembut menari di atas kanvas itu. Pemandangan berlatarkan matahari terbenam menjadi pilihan. Lembut angin menyentuh wajahnya. Dia terdiam seketika. Sungguh! Perasaan ini terlalu asing baginya. Pantas diusirnya kenangan lalu sebelum ia menerpa. Gerakkan tangan menjadi semakin laju. Lincah tangannya mengadun warna di atas board itu. Jam ditangan direnungnya. Sudah hamper maghrib. Lantas dia menyusun dan mengemas segala barangan. Saat-saat terakhir  matahari terbenam menemani langkahnya pulang.

Stick ditangan diputar perlahan. Cuba diselaraskan dengan alunan muzik dari gitar yang dimainkan. Setiap chord cuba dihayatinya. Bibirnya tersenyum. Terimbau kenangan semasa berada di Italy dahulu. Kenangan silam yang menerpa benar-benar mengasyikkannya. Tepukan gemuruh penonton telah kembali menyedarkannya. Perlahan matanya dibuka lalu mencari wajah yang dirindui namun hampa.

Beg sandang diletakkan diletakkan di atas meja. Buku tasawwur islam dikeluarkan dari beg lusuh itu. Netbook kesayangan dibuka. Laju tangannya membuka akses fail yang berkenaan. Matanya tertumpu pada susuk tubuh yang dikenali. Dr. Hatim Yahaya Usman khusyuk memberikan ilmu kepada para pelajarnya. Laju tangannya menaip pada papan kekunci netbook merah kesayangan.

“Bro. Air kau,” wajahnya yang tidak beriak itu mengambil air dari tangan sahabat yang setia di sisi. Ammar Muhaimin bukanlah sesiapa baginya. Sahabat yang sentiasa bersama sejak dari kecil. Sentiasa bersama walau ke mana pun. Berbeza dengannya, Ammar Muhaimin sehebat namanya. Seorang yang pemaaf,berilmu jua lembut dalam tegas. Ingin sekali dia menjadi seperti Ammar Muhaimin itu.

Tangannya mencapai Nikon DSLR di atas meja. Usai solat asar dia mengenakan tudung lalu mengatur langkah menuju ke arah teman yang setia menanti.
“Asiff… lambat sikit..” tersenyum dia memandang rakan yang sudah bercekak pinggang di hadapannya. “Aku dah kenal sangat dengan Asha Nafisah nie” Nurin Ainina menjeling ke  arah sahabat baiknya itu. Dalam diam dia mengagumi Asha Nafisah yang penuh dengan sopan santun. Dialah yang menjaga diri,tutur katanya yang sopan,pakaiannya menutup aurat. Pendek kata dialah bidadari yang dicari. Bukan dia tidak tahu ramai yang mencuba nasib untuk mendapatkan Asha Nafisah. Namun gadis itu hanya membiarkan segalanya bagai di angin lalu.

 “Addi, kau ayan je semacam nape nie?” tergeleng Ammar Muhaimin melihat sahabatnya yang seorang ini. Nampak kemaruk je. Dia hanya tersenyum memandang lelaki itu. Kosong! Raut wajahnya kosong. Tidak beriak langsung. Seolah-olah dia kehilangan sesuatu. Langkah kaki menjadi semakin perlahan sehinggalah  dia terpaku ditepi tasik itu. “Asha..”tanpa disedari  nama itu terlontar lembut dari bibirnya. Lama dia mencari pemilik nama Asha Nafisah itu. Baginya Asha terlalu istimewa. Dia sedar,dia bukanlah sesiapa untuk gadis sebaik Asha.
“Asha?” melebar senyuman Ammar Muhaimin apabila tersempak tunangnya itu. Asha kaget. Dia sesekali tidak menyangka akan tersempak jejaka itu di sini. Dia hanya melemparkan senyuman sebelum melangkah pergi dari situ.

 “Nape nie Asha?”perasaan aneh menyelinap ke dalam hati Nurin Ainina apabila melihat Asha Nafisah termenung di balkoni. Setahunya Asha bukanlah seorang gadis yang gemar termenung. Ammar  Muhaimin tunangnya. Kenapa dia masih kaget tatkala berhadapan dengan jejaka itu? Addi Syafawi! Tak pernah terlintas di fikiran untuk bertembung dengan jejaka itu. Jejaka yang pernah ditolaknya suatu masa dahulu. Rasa bersalah masih lagi menjalar di dalam diri. Cepat-cepat dia beristighfar lalu berlalu dari balkoni itu.

“Asha. Balik na minggu nie.. Pak Teh nak Asha dengan Ammar disatukan segera. Ammar dah nak pergi Jordan nanti,” suara lembut ibu terngiang-ngiang di telinganya. Nikah! Adeh! Minggu nie! Kalendar di tepi katil dicapainya. Betul la. Lagi dua minggu sebelum Ammar  akan ke Jordan. Minggu nie balik. Abi cakap nikah khitbah je dulu. Ammar balik cuti semester baru buat walimahnya. Ammar cuti semester?? Lagi enam bulan la walimahnya.

Addi  Syafawi merenung Ammar Muhaimin yang khusyuk di atas tikar sejadahnya. Sungguh! Tidak disangkanya Asha Nafisah merupakan tunang temannya ini. “Addi,tak nak tahajjud ke?”pertanyaan Ammar Muhaimin menyentaknya. Hilang segala lamunannya. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Ammar Muhaimin. Pantas tangannya menghamparkan sejadah miliknya lalu tangannya mengangkat takbir. Suasana hening mendamaikan di ruang kamar yang mereka menghuni.

“Mana kau nak pergi tu Addi?” Ammar Muhaimin bertanya tanpa melihat ke arah Addi Syafawi. Papan skate diangkat tinggi. Kening double jerk diberikan kepada Ammar Muhaimin. Jejaka itu hanya tersenyum. ‘Skateboarding isn’t a crime’ kata-kata dari Addi satu masa dahulu menerpa kembali. Addi Syafawi, ar-rijal yang otai tapi nerd. Ilmu agama melebihi dirinya namun dia hanya selamba. Menjadi kegilaan setiap gadis di kampus. Dia sendiri tidak mempercayainya. Dia tahu Addi Syafawi menantikan Asha Nafisah. Perasaan bersalah menyelinap ke dalam hatinya.

Ruang tamu rumah sudah dipenuhi dengan pelbagai barangan. Majlis akad nikah akan berlangsung tidak kurang daripada 24 jam. Asha Nafisah tidak senang duduk. Pelbagai perkara telah dilakukan untuk menenangkan hati yang gundah gulana itu. Deringan telefon di ruang makan tidak diendahkan. Dia mengatur langkah ke kamar tidurnya. “Asha!!! Ammar kemalangan,” laungan kakaknya benar-benar menyentap jantungnya. Terbayang segala memori bersama Ammar Muhaimin.

“Asha,Ammar dah lama cari bintang tau. Bintang tu kan cantik sangat. Secantik Asha Nafisah dimata Ammar,” perbualan dengan Ammar terngiang di tepi telinganya. Ammar yang baik. Ammar yang penyayang. Ammar yang memahami. Ammar yang menjaga dirinya. Ammar yang banyak mengajarnya. Kakinya masih terpaku disisi kubur Ammar Muhaimin. Lemah langkahnya diatur meninggalkan kawasan perkuburan itu.

“Asha,esok dah nak bertolak ke Madinah kan?” suara Abi  mengejutkannya. Hanya anggukkan yang menjawab pertanyaan abi. Sebak dihati masih terasa. Cincin pertunangan belum ditanggalakan. Perasaan sayang dan rindu menebal di dalam diri. “Asha naik atas dulu,”lemah longlai badannya.

Surat pemberian Ammar Muhaimin masih direnungnya. Dia kaget. Terkejut. Sangsi. Cemas. Ragu-ragu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Sekali lagi surat itu dibacanya..

“Assalamualaikum sahabatku Syed Addi Syafawi Syeikh Abdul Aziz. Erm~~ aku pun tak tahu nak mula dari mana Addi. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa aku perlu untuk menulis surat ini kepada kau. Aneh kan? Addi. Aku minta sangat-sangat kau berhenti dari skateboarding tu. Jamming segala bagai tu. Kenapa? Aku tahu kau suka akan Asha kan? Jangan tipu aku Addi. Aku tahu kau kenal Asha dari zaman sekolah kan? Addi. Jadi la matang kalau kau betul-betul sayang akan Asha. Pinanglah dia. Aku minta maaf sahabat kerana mengambil bintangmu itu. Pergilah mencari bintangmu itu kembali. Hiasilah dia dengan kasihmu itu. Entah mengapa aku yakin yang aku mungkin tak akan dapat membahagiakan Asha. Kau orang yang tepat untuknya. Aku yakin. “ ~~ Ammar Muhaimin.

Sungguh! Dia terkedu. Terkelu. Kehilangan kata-kata untuk diucapkan. Untuk diluahkan. Perlahan surat itu dilipat lalu diletakkan ke dalam laci meja. Kalendar dicapainya. Lagi dua minggu sebelum dia menjejakkan kaki ke tanah air sempena cuti semester. University of Madinah benar-benar telah mengubah dirinya. Beg sandang dicapai. Kad talaqqi dipakai. Jam mengangka ke arah pukul 8 pagi. Kelas bersama Imam Hanifah akan bermula tepat jam 9 pagi. Masih ada sejam untuknya mengambil angin di Bandar Bercahaya ini. Asyik berjalan tanpa disedari dia telah melanggar seorang gadis dihadapannya. Jatuh segala buku yang dibawa gadis itu. “Allah. Ana asiff.” Dia membantu gadis itu mengutip segala bukunya yang jatuh.

Sepasang mata coklat itu seolah-olah pernah dilihatnya. Gadis itu hanya tunduk lalu berlalu dari situ. Kad pelajar gadis itu berada di tangannya. Direnung kad itu. ‘Asha Nafisah Ummar al-Khattab’…  Asha. Bintang yang dicarinya. Pantas dia mengejar gadis itu.

Asha mengatur langkahnya menjadi pantas. Dia ingin lari dari jejaka itu. “Asha! Tunggu.” Suara Addi Syafawi  menghentikan langkahnya. Panahan tajam Addi Syafawi mendebarkannya.
“Asha. Awak tahu kan yang saya dah lama mencari bintang? Dan bintang itu adalah awak. Awak tahu kan Asha?” dia hanya tunduk memandang kasut. Wajah Addi tidak berani dilihatnya. Perlahan dia pusing membelakangkan Addi.

“Awak yakin awak boleh jaga saya sebagaimana Ammar Muhaimin menjaga saya? Kalau begitu,hantarlah rombongan meminang awak.” Senafas Asha Nafisah menuturkan kata-kata itu. Dia sendiri malu dengan kata-kata yang dituturkannya. Tidak dinafikannya. Perasaan yang sama terhadap Ammar Muhaimin muncul lagi cuma kali ini bersama lelaki yang sering muncul dalam mimpinya setiap kali dia melakukan istikharah.

Addi Syafawi tersenyum. Dia telah menjumpai bintangnya kembali. Tidak akan sesekali dibiarkan bintang itu hilang gemerlapannya. Itu janjinya.



 

The Queen Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang