Sunday, 28 February 2016

Happy 22nd Year



                Azan subuh yang kedengaran menggamit diri untuk mengabdikan diri kepada Pencipta. Ucapan kedua dibuka. ‘Ayah!’

                Lagi sekali bibir menguntum senyum. Ayah tidak pernah kalah dalam memberikan ucapan dan kata-kata semangat. Umi, Tok, Mak, Mama, Abah tidak ketinggalan dengan ucapan ulang tahun kelahiran.

                Semakin banyak notifikasi yang diterima. Kenakalan rakan sekelas hanya mampu dilayankan sahaja. Katanya “Sudah final sem, biarlah orang tahu.” Baiklah kawan.

                Cukuplah sekadar keluarga,  kawan baik, rakan sekelas dan mereka yang mengingati sahaja yang memberi ucapan. Dapatlah dilihat bahawa hanya mereka yang penting dan benar-benar kenal mengingati tarikh kelahiran.

**
                Dalam diam, hati berterima kasih kepada Mark Zukerberg kerana mencipta Facebook yang membolehkan orang lain mengingati tarikh lahir dan tarikh-tarikh penting lain. Biarlah sedikit yang memberi ucapan daripada banyak menerima ucapan kerana yang sedikit itulah yang sebenarnya mengingati diri kita.

                Plan untuk acah-acah membuat video 22 seperti Taylor Swift nampaknya tidak kesampaian. Hanya sekadar mampu melayan lagunya.

I don't know about you
But I'm feeling 22
Everything will be alright
If you keep me next to you
You don't know about me
But I'll bet you want to
Everything will be alright (alright)
If we just keep dancing like we're
22, ooh-ooh (oh, oh, oh)

                Well then, Happy 22nd birthday to dear self, Let’s pray for a very momentous year and may Allah bless me with everything. 


Tuesday, 23 February 2016

I dont have tajuk for this yet

“Yes miss?” Raina Ardhani yang leka memandang senarai menu Sun’s Café tersentak.

                “Macaron Collection with lemongrass lemon tea for the lady and The Eiffel Tower with cappuccino for the gentleman, please.”
                Raina Ardhani tersenyum mendengar pesanan yang dibuat oleh jejaka disebelahnya.

                “Narain Rusyaidi. Tak sangka awak masih ingat my favourite dessert dekat sini.” Narain Rusyaidi menguntum senyum.

                “Err… Miss,” pertanyaan si gadis penjaga kaunter dijawab dengan anggukan.

                “You heard him, Macaron Collection with lemongrass lemon tea for the lady and the Eiffel Tower with cappuccino for the gentleman please.” Raina Ardhani menghulurkan wang untuk membayar pesanannya.

                “Please choose a seat miss, we will deliver the order later and to you too mister.” Narain Rusyaidi mengikut langkah Raina Ardhani dari belakang menuju ke meja kosong berdekatan kolam ikan.

**
                Narain Rusyaidi tersenyum melihat gadis dihadapan. Masih manis dan menawan seperti dahulu. Setiap lekuk wajah gadis yang dirinduinya itu dipandang.

                Raina Ardhani tidak menghiraukan pandangan tajam lelaki dihadapannya. Matanya khusyuk memandang tablet, memeriksa email dan dokumen yang dihantar Naufal Aydin kepadanya. Narain Rusyaidi mati kutu melihat Raina Ardhani tidak menghiraukan kehadirannya.

                “You still pretty, girl.” Rania Ardhani tetap mendiamkan diri daripada membalas setiap ayat lelaki dihadapannya.

                “Raina. Where have you been?”

                “Narain, please not know. Girl, please wrap all of this for me. I’m done here.” Perlahan pinggan Macaron Collection diangkat si gadis pelayan dengan berhati-hati.

                “I’ll see you again.” Raina Ardhani cuba memberikan pandangan yang lembut kepada jejaka di hadapannya.

***
                “I see you threw away those flowers.” Raina Ardhani tersenyum.

                “Did you know how to knock a door before entering someone’s room?” wajah polos Naufal Aydin dipandang.

                “The door is already open and Nahda isn’t at her place.” Raina Ardhani menggeleng melihat perangai lebih kurang si Naufal Aydin.

                Naufal Aydin menarik kerusi dihadapannya lalu tangannya mencapai salah satu lollipop daripada balang di atas meja si gadis.

                “So, what’s up? Balik dari kursus terus muka macam jeruk maman. Selalunya ada dua sebab je kau jadi macam nie.” Naufal Aydin mula mengangkat tangan dan jari seakan seorang peguam.

                “Pertama, bos bagi kau banyak kerja. Kedua, client menimbulkan masalah. So which one?” wajah berkerut Raina Ardhani dipandang lama seakan mencari jawapan tersembunyi.

                “Actually about that, ini adalah sebab yang ketiga. Aku tersempak dengan Narain Rusyaidi dekat Sun’s Café masa tunggu nak tukar flight dekat Dubai.” Raina Ardhani melepaskan nafasnya.

                “And?” Raina Ardhani hanya mampu menggeleng melihat Naufal Aydin.

                “Dia tegur aku dan dia ingat favourite dessert aku dekat situ.”

                “And??? Wait, don’t tell me that you still love him? After all this time and everything? And he is the one who gave you those roses?”

                “Yes, I am. And yes too for that last question.” Raina Ardhani mengangguk perlahan sambil memejamkan matanya.

 “I know that will happened sooner or later.” Naufal Aydin mengangguk kembali.

Hanya dia dan beberapa rakan baik mereka sahaja yang mengetahui cerita sebenar disebalik Raina Ardhani dengan Narain Rusyaidi.

****
                Narain Rusyaidi membelek setiap hadiah pemberian Raina Ardhani kepadanya. Pantas panggilan ke Naufal Aydin dibuat.

                “I need to see you bro.”

                “What’s up? Tetiba call aku ajak jumpa? Kau nak kahwin ke bro? Baguslah. Aman dunia aku daripada nak menjawab dengan koleksi perempuan simpanan kau tu.” Sekali nafas Naufal Aydin melepaskan geramnya kepada Narain Rusyaidi.

                “Em… Tak, aku cari Raina Ardhani. Orang yang aku yang rapat dengan dia yang ada dekat Malaysia sekarang, kau je.”

                “Pukul 3.00 petang esok. Dekat bangunan pejabat aku. Ada Pizza Hut. Kau tunggu situ.” Muktamad. Narain Rusyaidi perlu diajar.

                Narain Rusyaidi membuka komputer ribanya. Gambar-gambarnya bersama Raina Ardhani dipandang lama. Perlahan satu demi satu memori indah mereka bersama mula memenuhi fikirannya. Masih diingatannya Raina Ardhani membuat kejutan hari lahirnya dengan mengajaknya bermain pistol air di dalam rumah mereka.


                Narain Rusyaidi berharap segala kesalahannya boleh diundur. Dan Raina Ardhani akan menerimanya kembali. 

 

The Queen Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang