Aria
Dilara mencapai kunci kereta Ford Fiesta kepunyaan papanya. Serabut di dalam
otak perlu dileraikan dan dilepaskan. Sudah menjadi tabiatnya untuk keluar
mengambil angin jika fikirannya bercelaru. Cuma kali ini, dia sendiri tidak
pasti ingin mengatur langkah ke mana. Beg sandang Kate Spade diperiksa sekali
lagi. Telefon bimbit, powerbank, dompet, kunci rumah, passport dan
barang-barang berharga lain.
“Aik, nak ke mana nie? Bukanke Aria
baru balik dari kerja? Baru touchdown dari Aussie nak keluar lagi?”
bertalu-talu soalan mama menerpa telinganya.
“Ma… Please, kejap je Aria
keluar. Nak buang serabut dalam otak jap.” Spontan dia membuat muka comel
kepada Puan Hilda.
“Ye lah, tapi make sure dah ada
dekat rumah before 11 o’clock okay?” Puan Hilda hanya menggelengkan kepala
melihat anak sulungnya itu.
Sebaik sahaja
Ford Fiesta kepunyaan suaminya meninggalkan rumah, Puan Hilda kembali ke dapur.
Sedikit hidangan ringkas perlu disediakan untuk suaminya yang akan pulang dari
kerja nanti.
Perlahan
Ford Fiesta menusuri jalan raya. Aria Dilara hanya memandu mengikut kehendak
hatinya. Akhirnya, Ford Fiesta itu memasuki Alamanda Putrajaya Mall. Selesai memakirkan
kenderaan dipetak yang disediakan. Dia mula mengatur langkahnya menuju ke dalam
Alamanda Mall.
**
Naufal
Adrian berasa semak dengan teletah Edlyn Ermina yang terlebih manja. Semua benda
perlu mengikut permintaan gadis itu.
“Ermina.
Lagi sekali you mintak segala benda dengan I, kita putus. Semak tahu dengan
perangai manja dan gedik you nie.” Tajam mata Naufal Adrian memandang Edlyn
Ermina.
“Habis
tu, kenapa you ikut cakap mama you suruh you dating dengan I? I pun tak
hinginlah dengan you. Kalau you nak putus sekarang pun boleh.” Dengan bongkak
Edlyn Ermina melemparkan segala barangan yang dibeli oleh Naufal Adrian tadi ke
muka lelaki itu.
Pantas
sahaja Edlyn Ermina meninggalkan Naufal Adrian. Telefon bimbitnya dikeluarkan,
satu panggilan telefon dibuat setelah dia berada agak jauh daripada Naufal
Adrian. Bukan kehendak dia untuk berkenalan dengan Naufal Adrian. Ibunya yang
beria-ria mengenalkannya dengan Naufal Adrian dengan alasan untuk merapatkan
lagi hubungan persahabatan dua keluarga. Sikap Naufal Adrian yang mementingkan
kesempurnaan mengjengkelkannya.
Melihatkan
Edlyn Ermina jauh meninggalkannya, Naufal Adrian menarik nafas panjang. Baginya,
biarlah umi nanti membebel daripada dia terpaksa bersama dengan gadis gedik
seperti itu. Naufal Adrian melihat jam di tangannya. Masih awal untuk pulang. Akhirnya
dia kembali ke dalam Alamanda Mall selepas menyimpan semua barangan yang dibeli
Edlyn Ermina tadi.
**
Terasa
lemah langkah yang diatur. Aria Dilara terhenti di hadapan Living Cabin Outlet.
Kotak kaca yang dipenuhi dengan kotak-kotak muzik yang comel menjadi
perhatiannya. Ditambah pula dengan kotak muzik itu disusun dengan sangat
menarik di atas roda ferris yang kecil. Lama matanya kekal disitu. Alunan canon
in D major benar-benar memukau dirinya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri
terkenangkan peristiwa di Paris dahulu. Pertama kali dia belajar bermain piano
secara formal daripada jejaka perancis bermata biru yang merupakan rakan
belajarnya.
Tangannya
mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg lalu dia mula merakam
kotak-kotak muzik yang berpusing itu. Langsung tidak sedar akan kehadiran
seorang jejaka di sebelahnya.
“Cantik
kan?” Aira Dilara tersentak. Hampir terlepas telefon bimbit di tangannya.
“Cantik
dan mengasyikkan.” Senyuman manis dihadiahkan kepada jejaka di sebelahnya.
“Fairel.
Saya Fairel Aidan” huluran salam jejaka itu tidak disambutnya. Aira Dilara
membawa tangan kanan ke dada kirinya sambil tersenyum manis.
“Aira.
Aira Dilara” Fairel menarik kembali tangannya lalu membalas senyuman manis
gadis disebelahnya. Menarik. Comel. Menawan. Tiga perkataan pertama yang muncul
semasa terpandangan gadis ini.
“Tak
nak beli kotak muzik nie?” sekali lagi Fairel Aidan cuba untuk beramah-mesra
dengan gadis berblaus putih dan corak bunga merah jambu itu.
“Mahal.
Lagipun, kotak muzik macam nie lebih sesuai jika dijadikan hadiah kepada
kekasih. Nantilah saya datang kembali untuk membeli satu sebagai hadiah untuk
diri sendiri.” Aira Dilara membalas pertanyaan itu sambil menunjukkan harga
yang tertera.
Fairel
Aidan hanya menganggukkan kepalanya apabila Aira Dilara menunjukkan harga kotak
muzik tersebut. Agak mahal bagi sebuah kotak muzik yang kecik untuk berharga di
atas seratus ringgit. Namun, dia pernah melihat kotak muzik yang lebih mahal
lagi semasa bercuti di Prague dahulu.
“Erm,
saya gerak dahulu. Dah maghrib. Tak elok anak gadis berada di luar rumah
sendirian pada waktu sebegini.” Ujar Aira Dilara sebelum bergerak meninggalkan
outlet tersebut.
Tangan Fairel
Aidan pantas memanggil pekerja outlet tersebut lalu meminta pekerja tersebut untuk
membungkus tiga buah kotak muzik daripada keseluruhan koleksi kotak muzik itu. Dia
turut meletakkan sekeping kad beserta nombor telefon bimbitnya. Laju langkah
diatur mencari kelibat Aira Dilara. Dia menghembuskan helaian nafas yang berat
tatkala melihat Aira Dilara berhenti membeli roti di bakeri.
Dilihat
ke kiri dan kanan. Tatkala ternampak seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam
lingkungan 8 tahun. Terus Fairel Aidan memohon izin untuk meminjam kanak-kanak
itu sebentar.
“Tolong
abang, berikan beg kertas nie dekat kakak yang pakai baju putih bunga pink dan
tudung pink tu,” ujarnya sambal menunjuk ke arah Aira Dilara yang sedang
beratur di kaunter bayaran.
Aira
Dilara terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak menarik hujung bajunya.
“Ea
sayang? Sesat ea?” melihat kanak-kanak tersebut menggelengkan kepalanya, lagi
menimbulkan pertanyaan dalam fikirannya.
“Ada
abang suruh bagi dekat kakak beg ini.” Beg kertas bertukar tangan. Aira Dilara
menghadiahkan senyuman lalu menghulurkan roti yang sudah pun dibayarnya kepada
kanak-kanak itu sebagai tanda terima kasih.
Fairel
Aidan yang melihat dari jauh tersenyum. Jauh disudut hati dia berharap agar akan ada pertemuan seterusnya bersama dengan gadis itu.
**
Telekung
pemberian mama diletakkan di penjuru katil. Aira Dilara meletakkan punggungnya
di atas kerusi Cleopatra yang terdapat didalam biliknya. Perlahan tangannya
membuka beg kertas yang dia dapat semasa mengambil angin di Alamanda Mall tadi.
Aira Dilara terkejut melihat kotak muzik yang dia inginkan sebentar tadi di
dalam kotak-kotak membalut kotak muzik itu. Ada tiga kesemuanya. Di setiap
bahagian hadapan kotak muzik terdapat perkataan. Lantas dia menyusun
kotak-kotak muzik di atas meja kecil itu. Mukanya terasa membahang. Malu. Perkataan
yang tertera benar-benar membuatkannya hilang kata-kata.
Please, marry me.
Pantas Aira
Dilara mencapai beg kertas tersebut untuk mencari sebarang kad ucapan ataupun
petunjuk.