Monday, 4 July 2016

Kejutan buat cinta part 1

Kejutan buat cinta
**
Part 1
**
                Pintu Maserati Ghibli di tutup perlahan. Darisa tersengih memandang wajah Idraki. Anggukkan di wajah Idraki menandakan lelaki itu berpuas hati dengan tindakannya menutup pintu Maserati Ghibli kesayangan jejaka itu penuh berhati-hati.
                Langkah diatur menuju ke KLIA. Kunci Maserati Ghibli bertukar tangan. Menjadi kebiasaan untuk sepupunya itu untuk meninggalkan kereta di bawah jagaannya sepanjang bertugas di awan biru. Langkah Idraki yang secara tiba-tiba berhenti di hadapan Madu Coffee House mengejutkannya.
                “Abg Idraki dah kenapa? Kalau Darisa tertolak abg tak ke dua-dua kita jatuh tersembam ke lantai?” perlahan pandangannya mengikut arah pandangan Idraki.
                Berderau sebentar melihat tunang Idraki, Adeera berada semeja dengan Haidar. Darisa yakin jika wajahnya ditoreh sekalipun saat itu pasti setitik darah pun tidak menitik. Wajah Haidar langsung tidak dipandangnya sambil dia perlahan melangkah ke dapur Madu Coffee House miliknya.
                Prang!! Bunyi gelas jatuh mengejutkan Darisa. Dia terkejut melihat tangan Idraki berdarah. Wajah Adeera yang pucat menambahkan kebingungan di dalam benak fikirannya.
                “Abg Idraki. Duduk dulu deh.” Wajah Adya dipandang. Meminta jejaka itu mengambil peti kecemasan daripada pejabatnya. Tubuh Adeera disebelahnya tidak dihiraukan.
                “I mintak maaf Idraki. I sayangkan you tapi sebelum kita bertunang, I dah mengikat janji dengan Haidar. Tapi I tak mampu nak cakap ke you.” Darisa yang terpandangkan gelas yang masih berisi separuh jus oren lantas mencurahkan jus oren tersebut kepada Adeera.
                “Leave, jangan lukakan abg Idraki lagi dah. If you dare to come back to him, I wouldn’t let you live lady.” Kain lap yang dihulurkan Adya diberikan kepada Adeera. Baik dia mahupun Idraki, masing-masing hanya memandang insan yang disayangi meninggalkan mereka.
**
                Eidlan terkejut memandang adegan di hadapannya. Hendak diajak jejaka bernama Idraki untuk bersembang, dia takut si gadis brutal itu akan menumbuknya pula. Tangannya menggamit pelayan yang setia berdiri di sebelah si gadis.
                “Yes sir? I am sorry for the incident that happened just now. May I help you?” Dia hanya menunjukkan makanan yang diingini melalui menu yang tertera di bawah lapisan kaca meja makan sambil matanya tidak lepas memandang si gadis brutal.
                Adya yang perasankan perilaku si pelanggan tersenyum. “Itu Cik Darisa, salah seorang founder coffee house nie. Idraki tu sepupu beliau.” Adya melemparkan senyuman kepada si pelanggan yang setia memandang Darisa dan Idraki.
                Darisa mengambil pen dan apron yang dihulurkan oleh Diya kepadanya. Langkahnya diatur menuju ke pintu masuk Madu Coffee House. Laju tangannya melakar sesuatu di atas padan menu yang kedua.
 “50 cups coffee free for 50 first customers. Buy extra for charity to help the homeless, you will get 10% discount for food and dessert.”
Laju Eidlan meminta pembantunya untuk melihat apakah yang ditulis si gadis. Perlahan langkahnya di atur menuju ke meja yang diduduki Idraki. Sapu tangan Canali dihulurkan kepada Idraki untuk sang jejaka membalut luka pada tapak tangan.
“Eidlan.” Idraki hanya mengangguk. Pelik dengan kelibat lelaki yang tidak dikenalinya itu. ‘Gay kah?’
Eidlan tersenyum. Persoalan diminda Idraki seolah-olah dapat dibaca.
“I not a gay Idraki. I just want to help.” Idraki tersenyum memandang Eidlan.
Belum pun sempat dia membuka mulut. Darisa meletakkan satu teko kecil teh bunga chamomile dan sepotong kuih seri muka. Kelibat Eidlan yang memandang ke arahnya langsung tidak dihiraukan.
“Eat. Drink. And make yourself calm. Nanti pukul 12, Fidela datang jemput abg ke plane. Drive the plane safely. Nanti dah sampai sana, leave me a message. Relaks abg. Seorang Adeera pergi, berbaris stewardess lain tunggu nak masuk tackle abg.” Senyuman segaris diberikan kepada Eidlan yang asyik memandangnya.
**
                Jambangan bunga lavender dipandang hairan. Masuk hari ini, ini adalah hari ketiga dia mendapat jambangan bunga daripada insan yang tidak dikenali. Bukan Darisa tidak cuba menjejak pemberi bunga itu, namun usahanya tetap tidak berhasil.
                “Bunga lagi Darisa? Wah… Memang wangi lah coffee house kita nie sayang.” Eshal tersenyum penuh makna ke arahnya.
                “Eshal, kau oke?” pecah tawa si gadis.
                “Lama tak tenguh ko cuak semacam Darisa. Untung badan dapat bunga.” Malas melayan usikkan Eshal, jambangan bunga lavender diletakkan ke dalam pasu Ikea yang didatangkan bersama jambangan bunga.
                Eidlan memandang keletah si gadis dari kejauhan. Dia tahu Darisa ada cuba menjejaki dan mencari dirinya, namun semua usaha gadis itu sia-sia apabila jejaknya sememangnya disembunyikan oleh para pembantunya.
                Hasil usaha-samanya bersama Idraki boleh dikatakan membuahkan hasil apabila kedua ibu bapa Darisa memerima pinangannya dan memberikan izin kepadanya untuk menawan hati si gadis. Keriuhan di luar coffee house tidak dihiraukan.
Baik Darisa mahupun yang lain, masing-masing asyik melaksanakan tugas. Darisa mula memikirkan perkara yang bukan-bukan apabila Eshal menuju ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut dan cemas.
“Darisa, the king and queen of Alamin masuk coffee house kita dan cakap nak makan sini.” Tangannya yang lincah membuat adunan untuk kuih ketayap terhenti. Secara spontan, pembantunya Saffi mengambil senduk daripada pegangannya.
“Adya! Follow me. Bring the lemon and papermint sky juice jag n glass. Eshal, the king and queen je ke?”
“Nope, with their prince and princess.” 4 biji gelas sanzo diletakkan di atas dulang yang dipegang Adya.
Langkah Darisa terhenti apabila terpandangkan wajah Eidlan jejaka yang menemani Idraki selepas kejadian tidak diingini di Madu Coffee House dahulu. Eidlan melemparkan senyuman paling manis kepada si gadis. Lantas dia bangun mendapatkan Darisa yang masih terkejut memandang ke arahnya.

“Ayahanda, bonda. Kenalkan, Cik Darisa Eliya binti Hamza. Gadis idaman Eidlan.” 
 

The Queen Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang