Tuesday, 19 April 2016

FYP - Finalize Your Power

Hi again,

Kalau diikutkan dnie tak nak tulis. tak nak tulis. tapi, twitter dah tade, so tak leh melepas kat situ. blog je ade.

Seram sejuk satu badan bila SV cakap, FYP or PSM ada lagi 4 month left tolak minggu present n minggu kena hantar ieee, print out report dan poster.

Apps dnie? 80% done, lagi 20? sangkut dekat macam mana nak bagi apps tu read dan compare coding n signature coding utk ransomware. padah pilih tajuk susah. buat lagi antimalware.


Agak2 kan? dnie boleh buat? serius, sekarang rasa lembik sangat. rasa nak menangis ade. rasa nak quit ada. semua rasa ada. each and every developer dnie dah tanya dan contact, mostly busy atau tak balas terus mecej.. arrgh why?? 

last option? abg hazim senior unikl. hope dia boleh tlg atau ada kwn yg boleh tlg.. tlg explain sikit je.. if tak, memang rugi apa yang dnie merangkak belajar buat java sorang2, kenali android sorg2, dan satu gi problem, hurm.. phone nie.. usb rosak atau phone pnya usb ta dpt detect dah? adeh, duit dah tade sangat, simpan untuk nak hntar final report untuk jilid nanti. 





Monday, 18 April 2016

After a Long Time

Hi peeps,

After a long time, finally today i decided not to post cerpen or the novel new chapter.
just to let you know, some of the stories were inspired by my past or movie that i watched or even a combination both of that.

Life have been tough lately and sometime I feel like I just want to give up everything and leave to a place that will make me better. A place that no one ever expect. But do have flowers and nature.

Baru ingat nak amek any lyrics from OST Descendants of the Sun and letak sini. tapi, tak boleh sebab semuanya pasal cinta. tak kena langsung dengan perasan sekarang.

Serious, I rasa nak lari jauh-jauh. works, study, FYP, hati. penatnya. but thanks to Allah, I am moving for a new life. a new life to be better selepas years hilang dihanyut arus.

Thanks for those who remain with me even you already knew my flaws and weaknesses. 

Monday, 11 April 2016

Demam DOTS part 3 Ep 9

EP 9

                Genap 3 hari hujan lebat turun di daerah Vi Xuyen. Dian Adeera membiarkan wajahnya dibasahi hujan bumi Vi Xuyen. Air mata yang jatuh dipipi langsung tidak terasa. Semakin lama esakannya semakin kuat. Dian Adeera akhirnya duduk bertinggung sambil memeluk rapat lulutnya. Segala dosa semalam yang berlaku, dia benar-benar menyesal. Hendak diputar balik masa semestinya tidak boleh. Dalam diam, dia memasang niat untuk mengorak langkah meninggalkan luka semalam di belakang.

                Syed Fairel Edra memerhati setiap kelakuan Dian Adeera. Dia berpaling apabila terasa bahu kirinya dicuit orang. Nabhan Ardell menyerahkan payung kepadanya. “Go, give her some comfort. Demam nanti lama-lama budak tu susah pulak satu platun.”

                Payung di tangan Nabhan diambil. Baju sejuknya turut dikerusi turut dicapai. Langkah diatur menuju ke Dian Adeera yang masih bertinggung memeluk lutut. Sengaja dia berdiri tepat dihadapan gadis itu.

 Perlahan dia turut duduk melulut mengadap gadis itu sebelum dia meletakkan baju sejuknya di badan gadis itu. Sebelah tangannya memegang payung dan sebelah lagi tangannya memimpin gadis itu bangun daripada bertapa dalam hujan. “Jom, nanti awak demam.”

Dian Adeera hanya mampu mengikut langkah Syed Fairel Edra. Dia sendiri sebenarnya sudah lemah untuk bangun daripada pertapaannya. Kudrat Syed Fairel Edra membantunya untuk bangun. Senyuman nipis dihadiahkan kepada jejaka itu.

Belum sempat kakinya menjejak khemah utama, Dian Adeera jatuh pengsan. Syed Fairel Edra spontan terlepas payung yang dipegang sebelum dia mencempung gadis itu ke berek perubatan. Syed Fairel Edra setia menanti di sisi katil Dian Adeera sehingga gadis itu tersedar. “Don’t speak. Rest well. Cukup-cukup lah main hujan cik Dian Adeera.” Wajah gadis itu ditenung lembut.

Dian Adeera melarikan wajahnya ke arah tingkap. Malu bertentang mata dengan Syed Fairel Edra. Kemunculan Adelina membawa dulang makanan mengurangkan perasaan janggal di antara dia dan Syed Fairel Edra.

 “Girl, you kena makan bagi habis. Nie resipi Sky, tapi I masak sebab dia insist nak jaga you dekat ward. Dua hari Sky stay sebelah katil you tahu tak?” Adelina membebel sambil menyusun mangkuk bubur ayam, potongan buah tembikai, sotong goring celup tepung dan jus epal kegemaran Dian Adeera. Dian Adeera mengeluh perlahan.

“Should I eat all of this?” nafas panjang dilepaskan. Wajah Syed Fairel Edra yang tidak beriak takut untuk dipandang. Namun, dia cuba membuat muka comel meminta simpati kepada Syed Fairel Edra.

“Please? Banyak nie. Saya tak habis makan sorang. Dan saya tak lalu makan kalau demam, awak boleh tolong habiskan?” matanya sengaja dibulatkan. Cubaan meminta simpatinya berjaya apabila Syed Fairel Edra yang sedari tadi berdiri kini mula duduk dihujung katilnya.

Dian Adeera terkejut apabila jejaka itu mengeluarkan sepasang sudu dan garfu daripada poket seluar tentera yang dipakainya. Melihat Dian Adeera terkejut dengan aksinya, Syed Fairel Edra tersenyum.

 “Seorang askar perlu bersedia tidak kira dalam apa jua keadaan. Termasuk lah membawa sepasang sudu dan garfu untuk makan.” Hampir meletus tawa dari mulutnya apabila Dian Adeera menyengetkan kepalanya ke kanan seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya.

“Makan.” Mangkuk bubur diletakkan di hadapan Dian Adeera.

“Ke awak nak saya suapkan?” melihat jelingan Dian Adeera, Syed Fairel Edra mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah diri sebelum gadis itu menyerangnya dengan pandangan ‘maut’. Senyumannya melebar apabila Dian Adeera mula menyuapkan bubur ke dalam mulut.

Ketukan di pintu ward Dian Adeera menghentikan tindakan gadis itu yang sedang menyuapkan makanannya ke dalam mulut. Wajah Syed Fairel Edra dipandang. Syed Fairel Edra berpaling ke belakang. Wajah Arfin Yadri yang sedikit berserabut membuatkan Syed Fairel Edra mengeluh.


“Saya keluar kejap, nanti saya datang balik tengok awak.” Kepala Dian Adeera yang bertudung di usap perlahan. Dian Adeera hanya mampu mengangguk mendengar kata-kata Syed Fairel Edra.


Saturday, 9 April 2016

Demam DOTS ep 8

Ep 8

                Dian Adeera mengayunkan kakinya dari atas runtuhan tembok dengan perlahan. Sudah menjadi satu kemestian baginya untuk melihat skuad tentera melakukan larian pagi sepanjang berada di sini. “Dian, I terpikat dengan dorang.”

                Cawan kopi diambil daripada tangan Adelina. “I teringat zaman degree, masa I sanggup jogging setiap jumaat dan sabtu semata-mata nak tengok palapes buat larian pagi.”

                “I ingat tweet you. Tapi Dian, sini dorang shirtless.” Langkah Adelina semakin laju menuju ke arah skuad tentera yang sedang berlari sebelum lengannya dipegang kejap oleh si Eezar. Dian tertawa melihat Adelina merajuk dengan Eezar dan jejaka itu bersungguh memujuk Adelina biarpun dalam cemburu.

                Cawan kopi yang dipegang semakin menyenget. Dian Adeera terkejut apabila Syed Fairel Edra tiba-tiba berdiri dihadapannya lalu mengambil cawan kopi dari pegangannya.

 “Jatuh kopi ni nanti. Rosak kasut converse limited edition awak. Saya tak ade duit nak ganti.” Pandangan sinis diberikan kepada Syed Fairel Edra. ‘Pagi-pagi dah mengacau orang.’ Namun kata-kata itu hanya mampu terlintas di hatinya.

“Asyik nampak ushar anak teruna orang buat larian pagi. Nakal eh awak.” Hujung hidung Dian Adeera dicuit menggunakan pen.

“Awak nie kan. Kalau tak kacau saya, kalau tak mengekor mana saya pergi tak boleh ke?” Syed Fairel Edra menggelengkan kepalanya.

“Tak boleh! Tugas saya kan menjaga awak sepanjang awak dekat sini.” Dian Adeera membuat muka malas melayan kepada Syed Fairel Edra.

“So, awak buat pe hari nie?” Syed Fairel Edra mengambil tempat disebelah Dian Adeera. Adelina yang memandang dari jauh tergamam melihat perangai bersahaja Syed Fairel Edra.

                “Dorang ada pape ke?”

                “Cik Adelina rasa?” Adelina terkejut apabila mendapati Nabhan berdiri di sebelahnya.

                “Kus semangat! Dah hilang akal ke? Adab mana adab? Manners maketh man tahu?” Adelina mula mengatur langkah meninggalkan Nabhan yang masih statik berdiri.

***

                Baik Arfin Yadri mahupun Younes Dawud, masing-masing berasa pelik melihat Nabhan Ardell termenung sedari tadi. Arfin Yadri mengangkat bahu ke arah Younes Dawud. Younes Dawud yang tidak gemarkan persoalan tidak berjawab terus merapati Nabhan Ardell lalu menepuk perlahan bahu leftenan itu. “Oi. Kau kenapa?”

                Nabhan memandang wajah Younes dan Arfin Yadri. “Aku pantang tengok muka berserabut macam tu.”

                Nabhan melepaskan keluhan panjang. “Fuh… Korang rasa, Kapten Sky ada pape tak dengan Cik Dian?”

                “Aku rasa. Kapten Sky sukakan cik Dian sejak dia ditugaskan menjaga cik Dian.”

                “Tak. Aku rasa dorang penah berjumpa atau tersempak atau kenal sebelum nie. Nie dikira macam pertemuan kedua gitu.” Younes dan Arfin Yadri mula membuat andaian masing-masing.

                “Mungkin andaian korang betul. Tapi Sky bukan jenis sesuka je jatuh hati dekat perempuan. Kira hebat la jugak cik Dian nie sebab boleh buat Sky kejap-kejap hilang. Kejap-kejap pegang Visinking 7x50LD lepas tu stalk je ape cik Dian tu buat. Haish. Aku risaukan Sky je nie. Dah macam orang angau.” Nabhan membebel sendirian.

                “Macam ni lah. Kita bertaruh, andaian sapa yang salah, orang tu kena belanja BBQ weekend ni.” Younes memberikan cadangan luar alam walhal mereka dilarang oleh Syed Fairel Edra untuk membuat pertaruhan dalam perkara sebegini.

                Syed Fairel Edra yang terdengar perbualan anak-anak buahnya sedari tadi mencepuk perlahan kepala Younes dan Arfin Yadri. Kerusi yang diduduki Nabhan sengaja ditarik sehingga Leftenan itu jatuh terduduk di tanah.


 “Apa bertaruh-bertaruh? Haram korang tahu? Dah. Pergi buat tugas masing-masing. Duk jadi pakar cinta kat kem ni pulak.” Younes, Arfin Yadri dan Nabhan masing-masing tegak berjalan keluar daripada khemah utama menuju tempat tugas masing-masing. 


Demam DOTS ep 7

Ep 7

                Pesanan Jeneral Hamza bermain diingatan. Syed Fairel Edra memandang Dian Adeera penuh asyik. “Kapten Syed Fairel Edra. Saya harap awak bukan sahaja dapat menjaga Dian Adeera di sini tapi juga tolong Dian Adeera lupakan kisah silamnya di sini.”

“Dian sebenarnya lari dari kisah silam. Majlis nikahnya yang sepatutnya berlangsung dua hari lepas, bertukar pengantin. Pengantin lelaki batalkan pernikahan atas alasan tiada kefahaman. Sedangkan persiapan masa tu dah hampir complete.”

 “So, Dian cadang sedekah kan saje semua barang-barang dekat bekas tunangnya dan Dian membawa diri ke sini. Saya memang dah lama nak kenenkan awak dengan Dian namun tak kesampaian. Mungkin inilah masa yang sesuai. Awak pun, baru lepas putus tunang kan? Tape, berkawan la dahulu.”

                Langkahnya diatur menuju ke buaian yang dinaiki Dian Adeera. Spontan tangannya menolak buaian yang dinaiki Dian Adeera supaya menjadi laju. Buaian itu sengaja dibina team Alpha di pohon angsana untuk kanak-kanak Vietnam bermain. Dian Adeera mula terasa pelik kerana buaian yang dinaikinya bertambah laju. Lebih mengejutkan apabila Syed Fairel Edra berdiri dihadapannya secara tiba-tiba lalu menghentikan buaian yang dinaikinya.

                Dian Adeera mencengkak pinggang. Bengang dengan tindakan Syed Fairel Edra yang sengaja menghentikan buaian yang dinaikinya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada si jejaka. Syed Fairel Edra hanya tersenyum melihat aksi si gadis. “Cute la awak.”

                Dian Adeera melepaskan keluhan. “Kenapa awak selalu ikut saya?”

                “Sebab saya suka ikut awak?” pandangan sinis diberikan kepada Syed Fairel Edra apabila dia mendengar jawapan sebegitu.

                “Awak ingat saya makan umpan?” meletus tawa Syed Fairel Edra.

                “Nope, saya tak pandai nak baling umpan. If saya suka, saya cakap direct je.” Dian Adeera mengangkat jari telunjuknya kepada Syed Fairel Edra.

                “Sengaja kan? Laki memang macam nie eh? Masa nak flirt, kemain lagi ayat. Berbunga. Kalah musim bunga sakura kat jepun.” Syed Fairel Edra memandang kasut butnya. Sengaja dia mengambil dua langkah  kehadapan merapati Dian Adeera.

                “Dian Adeera, saya akan buktikan saya tak sama macam lelaki lain yang pernah awak kenal. Berapa ramai lelaki awak kenal?” Dian Adeera menjulingkan matanya keatas apabila mendengar pertanyaan Syed Fairel Edra.

                “Entah, malas nak ingat.” Dian Adeera bangun dari buaian seraya menolak Syed Fairel Edra ketepi. Namun, dia yang terjatuh di atas jejaka itu. Melebar senyuman Syed Fairel Edra melihat wajah Dian Adeera yang memerah.

                “Husky to Sky. Siberian Tiger dan Lion King dah sampai.” Cepat-cepat Dian Adeera bangun sebelum dia menghadiahkan Syed Fairel Edra satu cubitan di lengan jejaka itu.

                “Roger and out. I am coming with princess. Jom.” Syed Fairel Edra menepis daun kering dan tanah yang melekat di bajunya.

                “Sape Siberian Tiger? Lion King? Husky? Kenapa pelik-pelik sangat nickname tentera?” Dian Adeera cuba berjalan menyaingi langkah Syed Fairel Edra yang laju.

                “Bukan nickname cik adik. Tapi call sign, sort of samaran gak la. Siberian Tiger tu Jeneral Hamza, Lion King tu Laksamana Syed Hafiy, Husky tu kan Firdaus.” Kepala Dian Adeera diketuk perlahan.

Dian Adeera menghentikan langkahnya lalu dicapai batu kecil yang berada berdekatan dengannya. Syed Fairel Edra berpaling ke belakang. Pelik apabila Dian Adeera secara tiba-tiba menghentikan langkahnya. “Kenapa?”

“Tak baik tau ketuk-ketuk kepala orang.” Batu kecil dalam genggaman di lempar kepada Syed Fairel Edra sebelum dia melarikan diri ke arah khemah utama. Syed Fairel Edra yang terkejut dengan tingkah laku Dian Adeera hanya mampu ketawa.

“Dian. Dian. Comel awak ni. Rugi bekas tunang awak.” Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.


Tentera bertugas memberikan tabik hormat kepada Jeneral Hamza dan Laksamana Syed Hafiy. “Dian, tunggu pakcik dekat dalam khemah ea. Pak cik nak meronda kejap dengan uncle Hafiy.” Dian Adeera hanya mengangguk mendengar arahan Jeneral Hamza. 


Demam DOTS ep 6

Ep 6

                Kelakuan Syed Fairel Edra yang seakan mencari seseorang menarik minat Dr. Anis. “Kapten Edra? Ada apa yang boleh saya tolong?”

                Syed Fairel Edra tersenyum mendengar pertanyaan doktor muda itu. “Dian Adeera ada?” kelibat Dian Adeera yang tidak kelihatan sedari pagi agak merisaukannya.

                “Dian ikut budak-budak dan beberapa orang sukarelawan lain ke sungai.” Syed Fairel Edra mengangguk mendengar kata-kata Dr. Anis lalu dia meminta izin untuk mencari Dian Adeera.

                “Husky to Skull.” Suara Firdaus yang kedengaran daripada walkie-talkie menghentikan langkahnya seketika.

                “Skull here, over.”

                “Siberian Tiger dan Lion King akan melawat tapak kem petang ni, over.” Syed Fairel Edra tersentak. ‘Papa dengan Jeneral Hamza nak datang?’ Air liur yang ditelan terasa berpasir.

                “Sky to semua. Semua diminta berkumpul di depan khemah utama untuk pembahagian tugas sebelum Siberian Tiger dan Lion King tiba, over.” Niatnya untuk mencari Dian Adeera tertangguh lagi.

                Kesemua tentera bertugas berlari-lari anak menuju ke khemah utama. Hanya berbaki 3 jam untuk membuat persediaan sebelum ketibaan Jeneral Hamza dan Laksamana Hafiy. 

“Haish. Siberian Tiger dengan Lion King nie pun. Bukannya nak bagitau awal yang dorang nak melawat sini.” Younes merungut perlahan.

                “Memandangkan Siberian Tiger dan Lion King akan datang petang ni. Maka, kita akan buat sedikit pembersihan di kawasan sekeliling kem.” Syed Fairel Edra memandang wajah setiap anak buahnya.

                “Team Alpha akan mengemas di sekeliling kawasan pejabat dan cafeteria. Team Bravo akan mengambil alih tugas mencuci tandas dan bilik mandi. Team Charlie akan mengemas kawasan sekeliling kem dan bagi team Delta, separuh akan teruskan dengan tugas meronda manakala separuh lagi akan mengemas stor.” Nabhan memberikan arahan kepada semua ahli tentera yang ada.

                “Haish….” Bergema suara sambutan ahli-ahli yang lain. Syed Fairel Edra hampir tergelak
.
                “Kita hanya akan buat semudah yang mungkin dan kita akan buat macam selalu yang kita duk buat. So, bagi nampak kemas sikit jadi lah. Boleh team?”

                “Boleh tuan Sky!” Syed Fairel Edra terkejut melihat Eric berlari ke arahnya.

                “Tuan Sky, chipmunk melaporkan. Siberian Tiger nak jumpa anak saudaranya nanti.” Syed Fairel Edra melepaskan keluhan. Si gadis misteri Mid Valley belum dapat dijinakkannya.

                “Saya uruskan cik Dian Adeera. So Team, let’s roll the ball.”

***
                Dian Adeera leka bermain air dengan kanak-kanak Vietnam. Mujurlah dia mengambil kelas mandarin dan belajar Bahasa cham daripada kak Inaz dahulu.

                Syed Fairel Edra memerhati Dian Adeera dari jauh. Perilaku Dian Adeera yang langsung tidak kisah dengan kotor dan kekurangan sesuatu tempat menarik minatnya. Gadis itu langsung tidak kelihatan seperti gadis berada.

                Tangan Dian Adeera yang asyik memercikkan air kepada kanak-kanak Vietnam terhenti apabila dia terpandangkan Syed Fairel Edra. Lipatan seluar diturunkan. Langkahnya di atur menuju ke Syed Fairel Edra. Syed Fairel Edra tersenyum memandang Dian Adeera.

                “Ade apa awak datang sini? Saya tak nampak pulak sebarang papan tanda ‘Dilarang Bermain’ di sini?” Syed Fairel Edra tersenyum lagi.

                “Saya datang untuk awak cik Dian Adeera.” Langkah diatur ke tepi agar gadis itu boleh mengambil beg silang yang tergantung di dahan pokok.

                “Ea?” kain tuala kecil di ambil dari dalam beg. Sengaja Dian Adeera menyerahkan Syed Fairel Edra beg silangnya untuk dipegang lelaki itu.

                “Pak cik awak nak datang petang nie. Tahu tak?” Syed Fairel Edra menyerahkan kembali beg silang si gadis. Dian Adeera menyeluk tangannya ke dalam beg mencari sesuatu. Sehelai sapu tangan putih berkotak biru dikeluarkan.

                “Pak cik saya? Maksud awak Jeneral Hamza? Tahu je.” Sapu tangan Canali milik Syed Fairel Edra diserahkan kembali. Syed Fairel Edra mencapai sapu tangan miliknya sebelum dimasukkan ke dalam poket seluar belakang.


                “Jam 5 dekat kawasan khemah utama.” Syed Fairel Edra melangkah pergi meninggalkan Dian Adeera. Dia tahu, Dian Adeera tidak boleh dijinakkan sebegitu sahaja. Gadis itu masih di dalam keadaan berduka. 


Demam DOTS ep 5

Ep 5

                Syed Fairel Edra tersenyum melihat setiap langkah Dian Adeera.

                “Rasanya tak perlu kot kau stalk si Dian tu guna teropong sampai tersenyum bagai.”

                “Leftenan Arfin Yadri, aku tengah tengok keadaan seluruh kem kot.”

                “Erm, ye la sangat tuan Sky. Dari dua hari lepas kau macam nie. Risau pulak aku.” Nabhan meletakkan fail laporan mingguan di atas meja Syed Fairel Edra.

                Syed Fairel Edra meletakkan Visinking 7x50LD di atas mejanya. Keluhan berat dilepaskan. ‘Aish budak-budak nie, nanti ada yang kena nanti.’ Syed Fairel Edra memandang sinis sorang-sorang anak buahnya.

                “Korang flirt dengan ramai sukarelawan boleh pulak?” fail biodata Dian Adeera diserahkan kepada Nabhan. Laju menerpa yang lain untuk turut membaca apa yang tertulis di dalam fail.

                “Dia anak saudara Siberian Tiger?”

                “Yang Siberian Tiger penah bawak datang office untuk tolong betulkan network intrusion?”

                “Yang sweet tapi garang menakutkan tu?”

                “Dia yang paling Siberian Tiger sayang kan?”

                “Sebab selalu nampak Siberian Tiger bawak dia datang majlis dengan si Keisha Adeeva, kan?”

                Nabhan, Firdaus, Yadri dan Younes masing-masing berlawan tanya soalan sesama sendiri. “Tapi, apa kaitan Dian Adeera nie dengan kau?” empat kepala berpusing maut melihat Syed Fairel Edra.

                “Boleh pulak kau tersenyum?” Nabhan menarik kerusi di hadapan Syed Fairel Edra. Riak wajahnya seolah-olah tegang. ‘Speak, who is she to you?’

                “Task aku dekat sini, kena jaga Dian Adeera sampai lah dia habis volunteerism nie. Siberian Tiger yang bagi personal task nie.” Sebelum anak buahnya fikir bukan-bukan perihalnya dengan Dian Adeera, baik dia maklumkan dahulu.

                “Tapi tak salah kalau kau nak suka dia pun kan?” Yadri berpeluk tubuh memandang ketuanya. Kening double jerk sengaja di berikan kepada ketuanya.

                “Alpha Team! Sila kembali ke tempat masing-masing untuk teruskan tugas anda.” Akhirnya dia terpaksa mengenakan arahan tentera ke atas anak buahnya sebelum mereka memecahkan rahsia dia sudah pun mengenali Dian Adeera sebelum ini.

                “Haish. Kau nie, tak bertimbang rasa betul.” Nabhan bangun meninggalkan Syed Fairel Edra bersama Visinking 7x50LD nya.

***

                Dian Adeera membantu doktor dalam memberikan vaksin kepada kanak-kanak Vietnam. Sedikit sebanyak dia berasa tenang sepanjang berada di situ. Dian Adeera seolah-olah lupa perihal Fayyadh Adya. Along Fakhriy ada menghantar beberapa keeping gambar majlis pernikahan dan majlis perkahwinan si Fayyadh Adya. Hatinya sedikit terusik namun dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk Fayyadh Adya. Bagi Dian Adeera, dia boleh melupakan namun untuk memaafkan itu belum pasti.

                “Dian, cukup la kot untuk hari ni punya vaksin. Kita sambung esok. Kejap lagi Dian teman saya pusing ward ea.” Arahan Dr Anis disambut dengan anggukan. Sony Experia Z dikeluarkan daripada kocek telefon. 10 miscalled daripada Along Fakhriy, 20 pesanan ringkas daripada Ibu, baba dan Myaesha. Pantas satu panggilan dibuat ke Malaysia. Dian tahu, lagi lambat dia membuat panggilan, lagi teruk dia kena nanti.

                “Assalamualaikum.” Suara along Fakhriy yang kedengaran dingin menambahkan ketakutan dalam dirinya.

                “Along okay?” hujung kasut converse menguis tanah. Perasaan serba salah terhadap along belum hilang.

                “Dian rasa along okay?”

                “Tak. Maaf. Tadi Dian tolong dr Anis vaksin budak-budak. Handphone Dian silentkan. Mana nak dengar.” Sekali nafas dia menuturkan sebab dia tidak menjawab panggilan Fakhriy.

                “Call ibu and baba. Mintak maaf kat dorang.” Dian memandang skrin telefon lama. Along Fakhriy terus meletakkan telefon selepas menuturkan ayat senada.

                “May I help u?” Sony Experia Z yang terlepas dari tangan disambut oleh Syed Fairel Edra. Membulat mata Dian Adeera memandang jejaka di hadapannya.


                “It’s okay.” Dian Adeera mengatur langkah menuju ke pokok oak yang sudah menjadi tempat kegemarannya. Dia perlu menelefon ibu dan baba. Dan juga Myaesha.

Demam DOTS ep 4

Ep 4

                Dian Adeera menarik sketch book daripada beg silangnya. Suasana yang menarik daripada atas bukit menarik minatnya untuk berkarya. Dia diberi tugas untuk membantu pasukan memasak makan malam untuk hari pertama. Sementara menunggu jam 5 untuk memulakan tugas, dia memilih untuk melepak di bawah pohon oak yang merimbun sambil melukis.

                 Syed Fairel Edra memandang Dian Adeera yang leka melukis dibawah pohon oak yang rendang. 

“Skull, take over for a while. Aku ada hal.” Arahan diberikan kepada Nabhan melalui walkie-talkie. Perlahan-lahan dia mendekati si gadis dengan niat tidak mahu mengejutkan Dian Adeera.

                Punggungnya dilabuhkan disebelah Dian Adeera. Syed Fairel Edra cuba untuk curi-curi melihat apa yang sedang dilukis si gadis.

                Dian Adeera berasa terganggu dengan kelakuan jejaka disebelah terus menutup buku lukisannya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada si jejaka. 

 “Awak nak apa?” sengaja dikeraskan nada suaranya. Seakan-akan marah dan terganggu dengan tindakan Syed Fairel Edra tadi.  Syed Fairel Edra hanya tersenyum melihat teletah Dian Adeera.

                “Awak tak ingat saya eh? Saya selamatkan awak dari hampir-hampir accident dahulu.” Tin air teh bunga yang belum dibuka dihulur kepada si gadis. Dian Adeera memandang penuh syak dan tanda tanya.

                “Jangan risau, saya tak letak apa-apa dalam tu.” Tidak mengendahkan kata-kata jejaka disebelahnya, Dian Adeera memasukkan tin air teh bunga ke dalam beg silangnya sebelum dia mengeluarkan botol air mineralnya. Syed Fairel Edra tergelak kecil melihat tindakan si gadis. ‘Interesting.’

                “So, saya Syed Fairel Edra. Saya captain bagi tentera Malaysia dan person kedua yang akan in charge jika berlaku apa-apa dekat sini. Awak?” anak mata Dian Adeera ditenung. Dia hanya mampu tersenyum apabila gadis itu melawan renungan matanya dengan tajam.

                “Dian. Dian Adeera. Sesaje datang sini.” Dian Adeera terus bangun meninggalkan Syed Fairel Edra. Melihatkan Syed Fairel Edra mengikut langkahnya, dia hanya membiarkan. Sekali lagi dia hampir terjatuh kerana tersadungkan akar pokok oak. Syed Fairel Edra laju menangkap pinggang si gadis sebelum gadis itu terjatuh ke tahah.

                Dian Adeera yang terkejut dengan tindakan Syed Fairel Edra cuba melepaskan diri daripada jejaka itu namun pegangan Syed Fairel Edra lebih kuat membuatkan dia terdiam. “Sabar boleh? Nanti dua-dua jatuh gaung haa!”

                Setelah memastikan dirinya stabil barulah Syed Fairel Edra melepaskan pegangannya. Perlahan-lahan tubuh Dian Adeera dilepaskan dan didirikan. 

“Pijak di mana saya pijak. Paham?” Dian Adeera mengangguk perlahan mendengar arahan Syed Fairel Edra.

                Syed Fairel Edra meraup perlahan wajahnya. Sungguh. Dia tidak sengaja untuk memarahi Dian Adeera. Langkah Dian Adeera yang laju menuju ke khemah pasukan hanya mampu dipandang sepi. ‘Argh! Sudah. Dah la nak kena jaga dia.’

                Nabhan pelik melihat kelakuan Syed Fairel Edra. Dia turut memandang ke arah yang dipandang kaptennya itu. Syed Fairel Edra tersedar kehadiran Nabhan disebelah hanya mampu memberikan pandangan tajam kepada jejaka itu. “Ada apa?”

                “Sapa gadis yang kau pergi sembang dekat bawah pokok oak tu?” terbantut niatnya untuk bertanyakan soalan lain apabila pandangan mata Syed Fairel Edra benar-benar menikam dirinya. Seolah-olah menuturkan. ‘Don’t ask and don’t you ever closed to her to ask what happened. Or else, I will tied you up at the flagpole.’


                “Okay, aku gerak dulu.” 

Friday, 8 April 2016

Demam DOTS ep 3

Ep 3

                “Nama saya Fairel Edra Hafiy, boleh panggil Sky kalau rasa nama saya panjang sangat. Ini pembantu saya Nabhan Ardell dan awak semua boleh panggil dia Skull. Mulai hari ini selama dua minggu anda akan berada di bawah kawalan kami. Jadi, diminta kerjasama anda untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.” Ucapan ringkas disampaikan kepada para sukarelawan yang bakal bekerja dengan mereka.

                Dian Adeera hanya mengangguk mendengar setiap arahan dan ucapan daripada pegawai yang bertugas. Dia memandang ke kiri apabila terasa seperti bahunya dicuit seseorang. “Adelina!” Dian Adeera yang hampir menjerit cepat-cepat menutup mulutnya.

                “Sorang?” tubuh Adelina dipeluk kejap.

                “Mana ada honey, haruslah dengan si Eezar. You ingat si Eezar nak biar I datang sesorang?” lengan Adelina dipaut sambil langkah diatur menuju ke khemah yang disediakan untuk sukarelawan.

                “Saffi citer dekat I pasal you dengan Fayyadh Adya. I am sorry for that. It’s okay babe, you akan jumpa someone better than him.” Bahu Dian Adeera dipeluk kejap. Seolah-olah menghulurkan sedikit kekuatan buat gadis itu.

                Syed Fairel Edra memandang satu demi satu wajah sukarelawan yang ada. Mungkin ada wajah yang dikenalinya. Pandangannya jatuh kepada seorang gadis yang mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans Esprit serta berselipar tali. Cuba diingati adakah gadis itu pernah dijumpanya sebelum ini. Ingatannya terbawa ke belakang secara tiba-tiba.

                Ice cream magnum yang dibelinya jatuh ke lantai. Dilanggar si gadis berbaju kurung bunga kecil. Entah kenapa kakinya bagaikan magnet mengikut gadis itu dari belakang. Dapat dirasakan gadis itu akan ditimpa musibah sebentar lagi. Tekaan Syed Fairel Edra tepat, gadis itu hampir dilanggar kereta. Pantas tubuh gadis itu ditarik ke dalam dakapannya. Kedua-dua mereka terpelanting ke belakang.

                “Awak nie dah hilang akal ke? Lintas jalan tak tengok kiri kanan.” Dalam diam Syed Fairel Edra kasihan gadis polos dihadapannya. Sapu tangan Canali pemberian Puan Ilsa dihulurkan kepada si gadis.

                Dian Adeera mengambil sapu tangan yang dihulurkan si jejaka yang tidak dikenalinya itu. “Jom, kita ke kafe di seberang jalan tu dulu. Saya belanja awak teh dan kek. Lepas tu saya tolong hantarkan awak balik.” Dian Adeera menggeleng mendengar pelawaan si jejaka. Pesan along jangan memandai menerima ajakan lelaki yang tidak dikenali. Nanti kena tipu lagi sebagai mana si Fayyadh Adya menipunya.

                Sapu tangan Canali dihulurkan kembali kepada si pemiliknya. “Terima kasih, saya gerak dahulu.”

                “Tak pe, awak simpan. Nanti-nanti bila kita terjumpa lagi, awak boleh bagi balik.” Entah kenapa kakinya tetap mengikut jejak si gadis. Terasa ingin membantu dan melindungi si gadis yang tidak dikenalinya itu. Akhirnya, dia mengikut gadis itu dari Mid Valley ke Valencia Hills. Lupa terus janjinya dengan abangnya Syed Faizin Safaraz untuk makan tengah hari bersama di The Star.

                “Sky mana Sky? Sky lapor diri dekat khemah sekarang!” arahan daripada Tuan Voldermort menyedarkan Syed Fairel Edra daripada lamunannya.

                “Yes sir, roger and out” pantas langkah diatur menuju ke khemah yang dikhaskan untuk unit tentera. Dalam diam Syed Fairel Edra berharap agar dia akan dapat mengenali gadis misteri itu.

                “Tuan!” tabik hormat diberikan kepada tuan Voldermort.

                “At ease captain. Dekat sini ada satu fail. Biodata salah seorang sukarelawan. Saya tak tahu nak state kan dia sebagai VIP atau tak. Tapi Jeneral Hamza meminta awak untuk menjaga anak saudaranya sepanjang gadis itu berada di sini.” Fail yang dihulur Leftenan Kolonel Hanif dicapai. 

‘Gadis mesteri tragedy Mid Valley.’ Secara automatik keningnya terangkat sebelah setelah membaca biodata si gadis.

                “Baik tuan, saya dengan senang menerima tugas ini.” Sekali lagi tabik hormat diberikan kepada Leftenan Kolonel Hanif sebelum dia meninggalkan khemah utama itu.   


                ‘Macam mana aku nak dekat budak ni? Tak tahu la pulak Jeneral ada anak saudara yang cantik dan sweet macam nie.’ Dia hanya menggumam perlahan. 


Demam DOTS ep 2

Ep 2

                Dian Adeera menyerahkan passport, visa dan tiket kepada pegawai bertugas. Tubuh Myaesha dipeluk kejap. “Doakan aku, aku pergi nak ubatkan hati dengan kerja-kerja sukarelawan. Aku kena lepaskan Fayyadh Adya. Dia nikah esok pagi kan? Oh ya, cakap ke along Fakhriy aku, aku ada leave letter dekat dia dalam laci meja bilik dia.” Myaesha hanya mampu mengangguk mendengar pesanan daripada Dian Adeera. ‘Semoga Allah melindungimu kawan’. Myaesha hanya mampu menggumam rendah.

                “Along Fakhriy, Dian cakap dia ada leave letter untuk along dekat dalam laci meja along. Laci meja yang ada laptop katanya” – Myaesha. Pesanan ringkas dihantar kepada Fakhriy.

                Bunyi bip telefon bimbit membuatkan Fakhriy kembali ke alam nyata. Pesanan daripada Myaesha dibaca. Surat yang dikatakan Myaesha digenggam. Marah dengan perangai adiknya yang membuat keputusan tanpa memikirkan orang lain. Geram dengan degil Dian Adeera yang tidak pernah berkurang.

Fakhriy tahu, Dian Adeera sememangnya terluka dengan Fayyadh Adya sehingga adiknya itu hampir membunuh diri. Namun tindakan Dian meninggalkan rumah mereka hingga ke Vietnam benar-benar menyakitkan hatinya. Dahulu Dian Adeera hanya melarikan diri ke kampung, kononnya di situ tiada Fayyadh Adya. Apabila dia membawa Fayyadh Adya yang ingin memohon maaf, Dian Adeera melarikan diri ke rumah Tahseen dan Inaz.

“Along, Dian mintak maaf sebab pergi Vietnam tanpa bagitahu along. Tapi along jangan risau sebab ibu dan baba tahu mana Dian pergi. Dian dah dapat permission dari ibu dan baba. Dian memang sengaja lari sebab along paksa Dian ikut along pergi majlis nikah Fayyadh Adya. Dian dah cakap dah, Dian tak nak jumpa atau tengok dia lagi dah. Inikan pulak nak tengok dia nikah, mau menangis la Dian. So biarlah Dian bawak diri sekejap. Tak lama pun, 2 minggu je kat Vietnam. Lepas Vietnam, Dian nak pegi Myanmar nak tengok anak angkat kelas yang Dian sponsor tu. Dian okay nanti, Dian balik. Dian janji. Dian akan mecej along dan akan hantar poskad dekat along” – Dian Adeera.

Knock! Knock!

Wajah Iman Luthfa dipandang. “Along, kak Dian lari dari rumah lagi ke?”

                Kepala Iman Luthfa diusap. Biarpun Dian Adeera sangat nakal dan degil namun Dian selalu berdiri dan akan membantu adik-beradik yang lain. Melihat Iman Luthfa, Zain Rafael dan Waiz Hakim duduk di hadapannya sedikit banyak memberi ketenangan kepadanya. Mujurlah adik-adik lain tidak seperti Dian Adeera. “Kak Dian pergi program volunteerism dekat Vietnam.”

                “Ye ye je kak Dian. Kat umah nie tak nak pulak volunteer tolong Iman kemas umah” Iman Luthfa mencebik mendengar kata-kata Fakhriy. Terlepas ketawa dari mulut Fakhriy.

***
                “Apa misi kau ke sana?” bahu Syed Fairel Edra dicuit.

                “Membantu mereka yang memerlukan. Itu kan tugas kita as special army kan? Kenapa? Kau nak pergi cari tulang rusuk?” hanya senyuman sinis diberikan kepada Nabhan.

                “Haah, aku dengar ramai sukarelawan cantik-cantik kali ni. So tak salah mencuba kan?”

                Fixation Bowie dilempar ke arah Nabhan. Malas melayan si playboy yang menjadi idaman gadis. Tidak sesekali difahaminya walaupun ramai gadis mengetahui Leftenan Nabhan adalah kaki perempuan, namun mereka tetap ingin mendekati lelaki itu. “Dah, pergi kemas gear kau. Kejap lagi dah nak kena berkumpul, nak menyambut sukarelawan dan bakal-bakal gadis idaman kau bagai”.” Pantas Nabhan memberikan tabik hormat kepada sahabat seperjuangannya.

                Gambarnya bersama Puan Ilsa diletakkan di atas meja kerja yang disediakan. Satu panggilan ringkas dibuat ke Malaysia. Ketibaannya di Vietnam harus dilaporkan ke Puan Ilsa dan Tuan Syed Hafiy. Isyarat untuk tunggu sebentar diberikan kepada Nabhan. “Edra kena pergi nie mama, papa. Nanti Edra call lagi. Assalamualaikum.”

                “Dorang dah sampai. Serius cakap, ramai cantik-cantik.”


                “Leftenan Nabhan, lepas nie, sila lari 50 pusingan lengkap dengan gear. No objection. Sekali lagi kau cakap pasal perempuan yang ada dan try nak cuba salah sorang, aku suruh je team lemparkan kau masuk dalam lopak kerbau berkubang sana.” Tegak tubuh Nabhan mendengar arahan Syed Fairel, bukan dia tidak tahu. Syed Fairel Edra tidak pernah tidak melaksanakan setiap arahan dan kata-katanya. 

Demam DOTS ep 1

Ep 1.

                “Dian nak jugak join sukarelawan tu.” Hujung baju along Fakhriy ditarik perlahan. Tanda memujuk dan merenggek.

                Fakhriy hanya membiarkan aksi si adik. Dia hanya menggeleng kepala melihat keletah Dian yang degil dan sedikit kebudakkan baginya. “Along cakap tak boleh, maksudnya tak boleh. Paham?” kepala Dian Adeera diketuk perlahan. Dian Adeera menayangkan muka jeruk maman kepada Fakhriy.

                “Fine!” Dian Adeera menumbuk perlahan bahu along Fakhriy. Tanpa diketahui Fakhriy, Dian Adeera telahpun merancang perjalanannya ke Vietnam.

                Laju langkahnya diatur menuju ke bilik. Barang-barang telah pun berada di rumah Myaesha. Masih diingat hari dia meletakkan barang di rumah gadis itu. “Nie nak pi mana lak nie? Dian Adeera, aku dah penat melayan kau tahu? Aku tolong hantar je. Lepas nie kalau along kau cari, kau deal seniri tahu?” Myaesha hanya mampu menggelengkan kepala. Penat melayan karenah seorang Dian Adeera.

                “Along! Dian nak pergi umah Myaesha. Dian tidur sana.” Dian Adeera melaung memberitahu satu-satunya abang kesayangan. Berdesup dia lari menuju ke kereta Myaesha yang setia menanti di luar pagar rumah.

                Hampir terlepas gelas yang dipegangnya. Laju Fakhriy lari ke pintu hadapan. Melihatkan kelibat Dian Adeera telah pun hilang dari pandangan, dia hanya mampu melepaskan keluhan. Tanpa lengah, Fakhriy membuka langkah ke bilik bacaan keluarga. Terduduk Fakhriy apabila passport dan visa adiknya tidak berada di tempat sepatutnya. “Dian!!!”

                Dian Adeera menggaru telinga yang tidak gatal. “Kau dah kenapa?” Myaesha pelik melihat telatah rakan baiknya.

                “Entah, aku rasa macam along aku menjerit nama aku.” Dian Adeera tersentak.

                “Haaaaaaaaaaaaaa, mesti along aku dah check peti besi dan tengok passport dan visa aku tak dak.” Dian mengetuk kepalanya sendiri apabila dia terlupa meletakkan passport palsu yang dibuatnya semata-mata untuk mengaburi ahli keluarganya.

***

                Syed Fairel Edra menarik picu handgun 9mm. dan dihalakan ke sasaran. Tepat. Dia tersenyum sendiri. “Have anyone see Sky? Tuan Voldemort cari” Syed Fairel Edra mencapai walkie-talkie dari tali pinggangnya. “Sky here, and I coming.” Handgun 9mm diserahkan kepada pegawai yang bertugas. Langkahnya diatur menuju ke khemah kawalan utama.

                “Kapten Syed Fairel Edra, awak dan team awak akan ditugaskan ke Vietnam untuk misi kemanusiaan selama 4 bulan. So, sila balik dan pack barang-barang kerana awak semua akan bertolak dalam masa dua jam dari sekarang.” Syed Fairel Edra memberi tabik hormat kepada Tuan Hakim di hadapannya.

                “All the alpha team. Kita ditugaskan untuk ke Vietnam bagi tujuan kemanusiaan. So, diminta semua bersedia.”

                “Vietnam?” Leftenan Nabhan memandang wajah rakan seperjuangannya. Melihatkan tiada riak melawak pada wajah itu, ternyatalah Syed Fairel Edra langsung tidak menipu atau main-main.

                Syed Fairel Edra mencapai telefon bimbitnya. Satu panggilan perlu dibuat. “Mama, Edra kena bertugas nie. 4 bulan. Kt Vietnam.” Sepatah-sepatah Syed Fairel Edra memberitahu Puan Ilsa.

                Puan Ilsa hanya mampu mengeluh mendengar berita daripada anak bongsu kesayangan. Tidak mampu dihalang minat dan kesungguhan Syed Fairel Edra dalam melaksanakan tugas. Sebagai ibu, dia hanya mampu berdoa agar Syed Fairel Edra dilindungi Allah.


“Jaga diri, jaga Allah, hati-hati dan make sure Edra call mama tiap-tiap malam.” Nasihat dan kata-kata yang sama setiap kali Syed Fairel Edra keluar bertugas. Biarpun Puan Ilsa berasa bimbang dengan keselamatan Syed Fairel Edra namun dia berasa syukur kerana Syed Fairel Edra benar-benar mengikut jejak langkah suaminya Syed Hafiy, Laksamana TLDM. 

Demam DOTS prolog


Prologue

                Dian Adeera menyusun barang-barang dapur yang dibeli. Sesekali jam dinding dipandang. ‘Hmm… Still have 45 minutes before they are here’ gumamnya perlahan.

                Dian Adeera membelek dirinya di hadapan cermin. T-shirt Donna Karan dan jeans Esprit dipandang. Tudung crepe biasa ipinkan di kepalanya. Simple. Langkahnya kembali diatur menuju ke dapur. Air dipanaskan dan apple pie yang dibuat semalam dibakar di dalam oven. Puas hati dengan keadaan rumah dan penampilan dirinya, kini dia hanya perlu menanti ketibaan mereka.

                Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng menyebarkan lagi senyumannya. Wajah Abang Tahseen dan Kak Inaz menambahkan kegembiraan dirinya. Diikuti dengan Myaesha, Saffi dan Adelina. Along Fakhriy menghulurkan sebakul buah kepadanya. “Along… “ mati terus senyuman di wajahnya apabila terpandangkan kelibat Fayyadh Adya dibelakang Along Fakhriy. “Masuklah.”

                “Saffi, kau tolong keluarkan apple pie dari oven, Adelina please help me kupas buah-buah yang along Fakhriy bawak nie dan Myaesha tolong buat air eh?” sekali nafas Dian Adeera menuturkan arahan kepada rakan-rakan baiknya.

                “Dian, duduk kejap boleh?” perlahan langkah di atur menuju ke arah along Fakhriy dan abang Tahseen.

                “Dian sihat?” soalan abang Tahseen dijawab hanya dengan anggukkan.

                “Rumah nie yang arwah Syed Fairel tinggalkan untuk Dian kan?” sekali lagi dia mengangguk menjawab pertanyaan abang Tahseen.

                “Along dengan abang pun tahu kan. Dian sayang Syed Fairel Edra. Sangat-sangat.” Air mata yang hampir menitis ditahan. Gambarnya bersama Syed Fairel Edra semasa mengikuti program kesukarelawanan di Somalia dicapai lalu diserahkan kepada along Fakhriy.

                “Dian, Sky dah tade, Dian kena terima. Apa yang Sky cakap? Dia nak Dian happy kan walaupun bukan dengan dia.” Mendengar along Fakhriy menyebut tanda panggilan Syed Fairel dalam tentera membuatkan Dian Adeera bertambah sebak.

                “Along datang atas wasiat Sky, nak melamar Dian untuk seseorang.” Dian Adeera tersentak mendengarkan bait ayat Along Fakhriy.

                “No, tak akan ada pengganti Syed Fairel Edra di hati Dian.” Air mata yang hampir terjatuh serta-merta kering. Wajah along Fakhriy dipandang tajam.

 

The Queen Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang