Sesaje
Beg sandang
tepi Lacoste edisi terhad di capai. Passport, visa dan tiket penerbangan ke
Itali dimasukkan ke dalam beg. Jeans Louise Vuittion dan blaus Marchesa di
sarungkan ke tubuh. Plain tie rack skaf Kashmir diletakkan dikepala. Puas hati
dengan penampilan diri, perlahan langkah di atur menuju ke anjung bilik.
Setelah memastikan Waen benar-benar meninggalkan bilik dan tiada orang sedar
akan kehilangannya, barulah langkah diatur menuju ke pintu rahsia belakang
istana yang merupakan satu-satunya jalan belakang yang tidak diketahui oleh
pembantunya.
Masih
diingat, pintu itu ditemui secara tidak langsung semasa dia sedang berjogging
di sekitar istana. Wajahnya melebar tatkala melihat kereta rakan kesayangan
sudah sedia menunggu di tepi jalan.
“Puteri Vanida
Adistia, nie dah kenapa nak lari dari istana pulak? Haish. Nie last tahu aku
tolong kau. Kawan tak kawan lah, mau aku mati kena soal siasat dengan
pegawai-pegawai kau.” Sengih manja diberikan kepada rakannya, Nadine Amira.
“Ala, bukan
tak biasa, klu kali nie, eropah barat, tempat tinggalan sejarah tamadun dunia.
Okeh? Macam biasa lah, boring aku mengadap kelas sejarah kerabat dan belajar
adab-adab diraja nie. Plus nak ke mana pun kena ada orang iring dan buat aluan
kompang, so tak salahkan kalau aku lari sekejap. Bukannya aku nak pun jadi
kerabat nie. Tu sebab nenda tu serba salah sebab dulu nenda baginda halau
moyang aku tu je. Nie kira nak tebus balik lah nie.” Nadine Amira hanya mampu
menggeleng.
“Metafora
sungguh lah. Aku tengok tade pulak kompang-kompang sambut ko. Pandai-pandailah
nanti kau goreng nanti bila Khalan jumpa kau ea. Nie berapa lama pulak nak
‘bercuti'?”
“Depends.
Sekarang kan musim bunga, habis musim bunga baru aku balik la kot kalau
pegawai-pegawai aku tak jumpa aku. Heh. Thanks weyh, nanti aku hantar kau gaun
Marchesa yang kau nak haritu ea. Simpan nanti untuk wedding kau.”
“Naija Eliza
binti Adam” ketegasan Nadine menyebut namanya sebenarnya membuatkan Puteri
Vanida Adistia tersengih. Tiada apa yang boleh dia sembunyikan daripada sahabat
baiknya itu.
“Well…
Actually, nenda nak buat royal ball untuk aku dan adik-adik aku. Kau tahu kan,
puteri-puteri dan putera-putera akan ada royal ball masing-masing untuk
kenalkan dorang semua dekat rakyat dan macam-macam lagi lah. Thus, that is why
aku lari kejap. Penatlah berlatih waltz ball bagai. Bukan aku nak pun. Kena
dance dengan eligible prince dan bachelor pulak nanti. Lagi aku tak nak.”
Vanida Adistia melepaskan keluhannya.
“Fine. Okay.
Tak payah buat muka kasihan dengan aku. Macam aku cakap tadi, if tertangkap
dengan Khalan, sila settlekan sendiri masalah anda.” Nadine Amira sudah malas
melayan rajuk Puteri Vanida Adistia. Namun begitu, dia senang kerana
persahabatan mereka terlalu rapat.
Langkah
diatur dengan tenang, topi dan cermin mata hitam dibetulkan. Lapangan terbang antarabangsa
Ath-Thahir kelihatan lengang. Visa dan passport diserahkan. Tiada yang sedar
maklumat dirinya. ‘Nasib baik dekat nenda tak kisah aku nak duk Ath-Thahir, nie
kalau dekat airport Agra, kejap je kena tangkap dan hantar balik istana’.
Perlahan Vanida Adistia menggumam rendah. Vanida Adistia bukan namanya yang
sebenar. Nama itu diberikan oleh nendanya, Raja Mongkut semasa identity
keluarganya sebagai rakyat biasa terbongkar dahulu. Langkah di atur mengikut pramugari
yang bertugas. Kelas ekonomi menjadi pilihannya. Walaupun kurang selesa, dia
terpaksa. Ini pun dia meminta Nadine Amira membelikannya tiket penerbangan ke
Italy. Dah berkali dia menyuarakan kepada Khalan yang dia ingin melawat eropah,
jawapan Khalan hanyalah “Maaf, patik tak boleh bersubahat dengan puteri. Puteri
cubalah meminta izin daripada baginda Raja”.
*****
Tunku
Aiman melajukan langkah. Tiket penerbangan dan segala dokumen di simpan di
poket seluar. Cuba melarikan diri daripada pegawai peribadinya, bukan sekali
dua dia membuat kerja sebegitu sehinggakan setiap taktik pegawai peribadinya
telah dihafal. Langkah diatur laju menuju butik pakaian di ruang membeli-belah
kompleks lapangan terbang. Hoodie dan topi yang boleh menutupkan mukanya dipilih.
Cermin mata Rayban dicapai. Kasut dan baju juga ditukar. Pakaian yang
dipakainya dibuang ke dalam tong sampah. Perlahan fikirannya melayang kembali
ke insiden petang tadi.
“Mikhail, jom
temankan beta ke Tunku Halim Airport, teringin pulak beta hendak berjalan
disitu.” Mikhail hanya menurut arahan Tunku Aiman. Tunku Aiman yang dikenalinya
bukanlah kaki sosial tapi baginda kaki travel tanpa ditemani pegawai pengiring.
Perlahan dalam hatinya menyimpan syak wasangka putera raja itu akan
menghilangkan diri lagi sekali. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengetahui
destinasi travel seterusnya Tunku Aiman, namun tidak dijumpai. Rakan-rakan
Tunku Aiman sendiri tidak dapat memberikan kerjasama. Pening kepalanya. Ayat
apakah pulak yang perlu dia karangkan jika dipanggil menghadap baginda Sultan,
Tunku Halim nanti.
Tiket
penerbangan dan visa diserahkan kepada pramugari bertugas, senyum manis
diberikan. Si pramugari membawanya ke tempat duduk yang disediakan. Lelah
berkejaran dengan pegawai pengiringnya dilepaskan. Senyum dibibir terukir
sendiri. Dalam diam dia kasihankan Mikhail jika lelaki itu dipanggil mengadap
ayahandanya nanti, namun dia sendiri perlukan ruang untuk diri sendiri.
‘Nantilah kirimkan hadiah kepada Mikhail dari sana’.
*****
“Excuse me,
boleh saya masuk? Tempat saya di tepi tingkap sana?” satu suara lembut menyapa
telinganya. Tunku Aiman berpaling, redup mata yang lembut tapi seakan menggoda
itu mengusik hatinya tanpa sedar.
“Please?”
suara gadis itu mematikan lamunannya. Perlahan dia bangun dan memberikan laluan
kepada si gadis. ‘Wah, ada teman kali ini, boleh lah buat teman bersembang
sepanjang perjalanan kali nie’.
“Sure,
silakan.” Senyuman manis diberikan kepada si gadis.
“Terima kasih”
wajah senada Puteri Vanida Adistia membalas senyuman lelaki itu.
Juruterbang
membuat pengumuman untuk semua penumpang mengenakan tali pinggang kaledar
sebelum berlepas. Akhirnya senyuman diberikan kepada lelaki disebelahnya.
Dipandang lelaki itu dengan mata ekornya, jaket dan jeans khakis jenama OutWear
dan kasut Gucci edisi terhad tersarung di tubuh lelaki itu. ‘Okey, maybe he is
someone too from the clothes’. Tunku Aiman hanya tersenyum melihat gadis
disebelahnya yang mencuri-curi lihat ke arahnya. ‘Terpikat ke?’
“So, should we
introduce each other? Lagipun flight nie lamakan?” dengan lagak gentleman,
Tunku Aiman memulakan perbualan. Wajah terkejut gadis itu dipandangnya.
“Sure, why
not. Awak mula dulu lah.” Perlahan Vanida Adistia membalas. Tunku Aiman
tersenyum.
“Well, my name
is Aiman bin Halim. From Ath-Thahir. 24 years old and I am on my way to Italy
for my next travelogue.” Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan si gadis.
‘Hmm..nak
cakap nama Sanskrit atau nama sebenar?’ Vanida Adistia tidak menyambut tangan
lelaki itu. Tangannya diletakkan di dada sambil tersenyum.
“My name is Naija
Eliza binti Adam. Asal Alamin dan 22 tahun. Pun dalam perjalanan ke Itali untuk
bercuti.”
Perlahan Tunku Aiman menarik tangannya kembali. Perbualan diteruskan sehingga Tunku Aiman meminta
pramugari menambahkan air minuman mereka.
*****
Suasana
di istana diraja khas Agrapana di Setia Alam haru-biru. Khalan terduduk
mengucap panjang. Semua pegawai khas puteri Vanida Adistia mendakwa tidak
perasaan bagina puteri keluar secara sembunyi dari kamar tidur baginda. Wajah
Waen yang merupakan satu-satunya pegawai wanita puteri Vanida dipandang. Waen
hanya mampu tunduk. Silapnya kerana tidak menemani puteri Vanida tidur semalam.
Khalan hampir hilang punca apabila pembantunya A-wut memaklumkan Raja Mongkut akan
tiba dari kedutaan Agrapana untuk menemui Puteri Vanida. Semua pegawai
diarahkan untuk mencari dan menjejaki puteri Vanida dengan kadar segera. Berita
kehilangan Puteri Vanida telah pun dikhabarkan kepada pegawai Raja Mongkut,
Niran. Niran hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Raja
Mongkut terduduk bila Niran memberitahu bahawa cucunda baginda melarikan diri
lagi sekali dari istana. Tidak pasti hendak dimarah atau tidak kepada pegawai
baginda. Walaupun bilangan pengawal peribadi ditambah, Puteri Vanida Adistia
tetap boleh meloloskan diri keluar dari istana. Kini, hanya dua pilihan sahaja
yang terlintas difikiran baginda. Bawa pulang Puteri Vanida ke Agrapana ataupun
khawinkan sang puteri. Jika pilihan kedua menjadi pilihan, sudah tentu akan
ditentang oleh ayahanda dan bonda Puteri Vanida. Dia tidak berhak dalam
menentukan perjalanan puteri itu. Pertemuan baginda dengan Tunku Halim terpaksa
ditunda. Hasratnya ingin memperkenalkan Puteri Vanida kepada kerabat diraja
Ath-Thahir masih belum kesampaian.
*****
Tak
kalah juga di istana Kristal, Ath-Thahir. Habis semua pegawai khas dan pengawal
istana dikerah untuk mencari kembali Tunku Aiman. Tunku Halim memegang kepala
baginda yang tidak sakit. Pening memikirkan perangai anakanda baginda yang satu
itu. Wajah si isteri Raja Sofia di pandang. Khabaran yang diterima dari Mikhail
tidak dijangkanya. Dalam diam, baginda sendiri kasihankan Mikhail kerana perlu
melayan dan berhadapan dengan perangai nakal Tunku Aiman. Bukannya sekali atau
dua, berkali Tunku Aiman membuat kesalahan begini. Namun, Mikhail masih setia
menjaga puteranya itu sedangkan pegawai-pegawai lain sudah berkali bertukar
kerana tidak tahan dengan perangai Tunku Aiman. Bertambah pening baginda
apabila pembantu baginda, Khalid memaklumkan bahawa Raja Mongkut dari Agrapana
ingin melawat Istana Ath-Thahir untuk mengeratkan hubungan diplomasi sebelum
membuat pelaburan di negeri pemerintahan baginda.
Deringan
telefon mengejutkan Tunku Halim dari lamunannya. Kata Khalid, panggilan itu
dari Raja Mongkut. Baginda hanya berpandangan dengan Raja Sofia. Telefon
diambil dari pegangan Khalid.
“Sultan
Halim? It’s me Mongkut.”
“Yes
King Mongkut.” Usai dahulu lagi baginda kagum dengan sahabat ayahnya itu kerana
jarang sekali menggunakan gelaran dalam berurusan ataupun bersembang.
“I
am so sorry. I think our meeting have to postpone for a while.”
“Something
wrong?” Dapat dirasakan sesuatu berlaku di sebelah sana. Ditambah pula dengan
beberapa suara berbahasa Sanskrit.
“Haha.
My granddaughter ain’t here. She’s missing somewhere. We still looking for her.
I would like to bring her with me. But, since this happened. I have to find her
first. I hope you do understand.” Pecah ketawa Tunku Halim.
“It’s
okay. My son also ran away from castle. We are looking for him too. Maybe we
can help each other to find the princess and my prince.” Segera diarahkan beberapa
orang pegawainya pergi ke istana khas diraja Agrapana untuk memberi maklumat
berkaitan Tunku Aiman dan membantu mencari Puteri Vanida. Dahulu pun, ketika
anak gadisnya, Tunku Ainul merajuk dengannya sehingga membawa diri ke Kanada,
baginda meminta pertolongan daripada Raja Mongkut kerana Raja Agrapana itu
memiliki lebih ramai kenalan dan lebih disegani kerana sifat baginda yang
pemurah dan kebijaksaan Puteri Vanida dalam membawa nama Agrapana dalam pertandingan
teknologi peringkat antarabangsa.
“Cucu
Raja Mongkut pun hilang jugak?” Pertanyaan Raja Sofia disambut dengan senyum.
“Puteri
Vanida tu pun kaki travel jugak. Mungkin sebab tak pernah membesar diistana dan
tidak pernah dikawal hidupnya. Baginda rimas la tu. Raja Mongkut cakap, selalu
je cucundanya itu keluar tanpa pegawai pengiring. Dan Puteri Vanida sendiri
jarang gunakan nama Vanida Adistia.”
“Macam-macam
abang tahu.”
“Puteri
tu, pernah tolong Ainul masa Ainul di Kanada. Ainul cerita kepada abang. Masa
tu, Ainul kenal Puteri Vanida dengan nama Naija apa-ntah. Kejap abang cari file
maklumat peribadi Puteri Vanida.”
File
maklumat peribadi Puteri Vanida Adistia diserahkan kepada isteri tersayang.
“Manis.”
Gambar Puteri Vanida duduk santai di bangku kaki lima Ath-Thahir direnung.
Nama penuh: Naija Eliza binti Adam
Nama Sanskrit: Vanida
Adistia
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Junior Network
Security Analyst i-Secure, Sukarelawan Dapur Jalanan Alamin,
Pemilik
House of Dessert, Pewaris Tahta Agrapana
Nama Ayah: Adam bin Ahmad
Pekerjaan Ayah: Guru Kanan
Sains dan Matematik, CEO House of Dessert
Nama Ibu: Humaira’ binti
Hamid
Pekerjaan Ibu: Guru Kanan
Bahasa Inggeris, CEO House of Dessert.
“Simple
but yes, great. How come a princess cannot live as princess?"
*****
“So, what are
you doing here?” soal Tunku Aiman, memandang ke arah gadis itu.
“Saja.
Jalan-jalan. Stress belajar.” Sikap selamba gadis yang dikenalinya sebagai
Naija Eliza itu amat disenanginya. Tidak menggedik seperti rakan perempuannya
yang lain.
“Wait, rasa
macam pernah nampak muka awak nie. Kita pernah jumpa ke?” matanya dikecilkan.
“Rasanya tak,
kalau macam tu, muka awak pun familiar jugak. Macam pernah nampak somewhere.” Gadis
itu mengangkat sebelah kening. Pandangannya mencerun ke arah lelaki itu. Jawapan
gadis itu dibalas dengan tawa.
“Haha, serius?
Try google. Mana tahu awak jumpa.”
“Anyway, lagi
6 jam kita sampai ke Italy. Dekat sana nanti ada orang jemput awak atau awak pun
lone ranger?” Tunku Aiman membuka botol minuman yang dihulurkan oleh pramugari
sebentar tadi. Tekaknya perlu dibasahkan juga walaupun hanya air kosong.
Diteguk air botol itu tanpa banyak bicara.
“Sorang-sorang
jugak. Kenapa? Nak jadi tour guide ke?” jawab puteri Vanida Adistia. Tangannya
dengan pantas mencapai beg sandang dan mengeluarkan MP3 player.
Tekak Tunku
Aiman berasa lega. Senyum sekali lagi terukir di bibirnya dan dia bertanya, “Sure.
Why not? But, awak tak takut ke jalan dengan orang yang baru sahaja awak kenal
just a couple hours ago?”
Muka Tunku
Aiman ditenungnya. Naija melepaskan keluhan sebelum membalas, “Bagus jugak ada
orang yang sama warganegara tolong jadi guider. Kalau awak lebih-lebih, saya
bukak bunga Muay Thai je” selamba dia menuturkan ayat tersebut. Khalan yang
beria-ria ingin mengajarnya seni pertahanan diri Muay Thai. Katanya sebagai
senjata perlindungan.
“Wait2, kita
senegara ke? Awak tak cakap pun awak asal mana.”
“Ea eh? Ops,
sorry. Saya asal Alamin. Haah en, kita bukan senegara. Ala, tapi kita kan
serumpun dan berjiran. Kira okey lah awak jadi tour guide.” Pecah lagi tawa
Tunku Aiman. Tertarik dengan sikap aci redah tak sudah gadis misteri itu.
“Hahaha. Okay,
nanti dah sampai, saya boleh jadi tour guide awak. Sekarang awak tidur dulu.
Nanti landing tade lah jet lag sangat.” Tunku Aiman mengenyitkan mata kepada
gadis disebelahnya.
*****
Juruterbang
sudah mengumumkan bahawa mereka telah berada di trafik udara Bandaraya Itali.
Puteri Vanida masih lagi nyenyak tidur bersandar ke tingkap. Lembut bahu puteri
Vanida ditolak.
“Naija… Kita
dah sampai nie. Baik awak bangun sebelum saya cium kang?” ugut Tunku Aiman
sambil ketawa mengekek. Tumbukan padu puteri Vanida mengenai bahu Tunku Aiman.
‘Sakit. Tak padan dengan kecik. Kuat sungguh tumbuk’. Bebelan Tunku Aiman tidak
diambil pusing.
Segala
barangan dimasukkan ke dalam beg sandang Lacoste. Kakinya diregangkan.
“Saya nak ke
toilet jap. Tak landing lagi kan?”
Signal 'Okay' yang digunakan oleh geng scuba driver diangkat. Sambil menanti gadis itu,
segala barangan miliknya jugak dikemaskan ke dalam beg sandang yang dibeli di
lapangan terbang Ath-Thahir.
Puteri Vanida
Adistia hanya menyerahkan passport kepada pegawai bertugas setelah menyuruh
Tunku Aiman menunggunya di kerusi yang disediakan. Dengan menggunakan passport
Agrapana, dia tidak perlu lagi mengeluarkan Visa Alamin yang dimiliki. Passport
kerabat diraja Agrapana boleh digunakan tanpa visa dan diterima banyak negara
di dunia.
“Your
Highness?” puteri Vanida hanya menangkat kening sebelah sambil tersengih. Tak
sangka pula dia akan terkantoi dengan bekas pegawai peribadinya di lapangan
terbang itu.
“Keep it quiet
or you are dead.” Perlahan dia berbisik kepada gadis dihadapannya. “Have a nice
day miss. Gracia” laungnya apabila melihat Tunku Aiman merapati.
“Ada masalah
ke?” Tunku Aiman bertanya sambil matanya melilau melihat pegawai bertugas
tersebut.
“Nope. Dah jom
pergi” bagi mengelakkan Tunku Aiman bertanya panjang, terus ditolaknya belakang
Tunku Aiman mencari pintu keluar.
Sebaik sahaja
kaki jejak ke tanah asing, Itali. Bunga-bunga yang indah, merah, kuning, putih
menyambut kedatangan mereka berdua. Senyuman lansung terukir di saat bayu musim
bunga menyapa pipi mereka. Tunku Aiman memandang sekilas ke arah gadis yang
tinggi separas bahunya sahaja. Dilihat gadis bernama Naija itu leka menikmati
bayu musim bunga.
“Jom, nak amek
bus atau teksi atau basikal atau motosikal atau kereta?” pertanyaan lembut
Tunku Aiman mematikan lamunannya.
“Sorry, asyik
sangat dengan bayu spring nie. Well, kejap nak pikir dan nak tengok budget.”
Tetiba fikirannya melayang teringatkan Khalan. ‘Elakkan daripada naik kereta
dengan berlainan jantina, tetambah klu puteri baru kenal.’ Pesanan Khalan
menyentakkan dirinya. Teringat Khalan memberikan pesanan itu apabila dia menyuruh
Khalan untuk tidak memasang spy atau menyediakan driver untuknya ke tempat
kerja. Pengangkutan awam Alamin selalu menjadi pilihannya. Peta pelancongan
dikeluarkan.
“Erm, sekarang
kita dengan Rome kan. Dari sini, kita sewa moto lah. Boleh singgah beberapa
tempat historical dan boleh try makanan tradisi dorg. Lepas tu kita terus ke
train terminal. Kita ke Nipoli ke, Turin ke, ke awak nak pergi tempat lain?”
“Eh, eh, eh.
Awak yang jadi tour guide atau saya yang jadi tour guide nie? Dan kenapa awak guna
map? Kenapa tak guna navi je?” Naija terkaku sebentar. Perlahan ayat diatur,
tak nak identiti terbongkar.
“Well, satu
sbb saya tak nak ada orang mcj atau call masa saya tengah travel. Dua, bila
lagi nak survive tanpa gadget kan? Cukuplah dengan kamera jadi peneman. Third,
saya jenis backpack. Kalau awak rasa tak selesa, awak boleh cakap. Hehe. Pasal
guide-guide tu, biar saya lah guide awak.” Sengihan keanak-anakan diberikan
kepada Tunku Aiman. Tunku Aiman hanya ketawa dan menggelengkan kepalanya. Namun
jauh dihati, dia bersetuju dengan Naija, kedudukannya boleh diketahui oleh
pegawai-pegawainya hanya melalui applikasi Google Maps. Terus GPS yang dibuka
tadi ditutup, location di telefon bimbit di tutup. Dan telefon bimbitnya
diletakkan di dalam mood penerbangan.
Mereka
akhirnya membuat keputusan untuk menaiki bus awam dan menaiki trem dan train
bawah tanah untuk mengelilingi Rome. Penat berjalan dan bergambar disekitar
bangunan-bangunan vintage dan bersejarah dan mencuba makanan tradisi masyarakat
Rome, mereka berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Nipoli dengan
menaiki kereta api laju. Tunku Aiman meminjam kad memori kemera Naija untuk
memindahkan gambar-gambar mereka tadi ke dalam tablet miliknya. Sebaik mereka
mendengar panggilan pengumuman untuk menaiki kereta api laju ke Nipoli. Mereka
berlari-lari anak menuju ke Platfom yang berkenaan.
“Saya nak
duduk dekat sebelah tingkap.”
“Kenapa
pulak?”
“Sebab saya
suka tengok pemandangan.” Sikap lepas namun sopan Naija benar-benar memikat
hatinya.
Terasa bahunya
berat disebelah kiri. Rupanya Naija sudahpun terlelap dan terlentok elok
dibahunya. Perlahan telefon bimbit dikeluarkan. Beberapa keping gambar Naija
diambil. Sempat lagi dia menyuruh penumpang lain mengambilkan gambar mereka.
***
“Dah
dapat detect Puteri Vanida dengan Tunku Aiman?” soalan Tunku Halim menjerut
lehernya. Mikhail buntu.
“Jawab
je apa yang awak dapat.”
“Last
detect Tunku Aiman, dekat lapangan terbang Rome, lepas tu dah tak dapat. Sebab
Tunku Aiman tutup telefon baginda. Puteri Vanida memang awal-awal lagi tak
dapat detect. Tuan Puteri lagi cekap dalam bab lari dari istana nie.”
“Okay,
dah hantar orang ke Rome?”
“Dah.”
“Teruskan
membantu pegawai puteri Vanida dalam menjejak Tuan Puteri itu.”
Sebaik
sahaja Mikhail keluar dari bilik bacaannya. Tunku Ainul pula ingin berjumpa
dengannya.
“Abah,
kalau kita khawinkan Naija tu dengan Aiman pun okey jugak rasanya. Dua-dua
punya perangai dua kali lima je.” Kata-kata Tunku Ainul disambut dengan ketawa
oleh Tunku Halim dan Raja Sofia.
“Nanti
abah bincang dengan Raja Mongkut. Itu je ke sebab AInul nak jumpa abah? I’m
sure you have more to say.”
“Well
abah and mama. I want to show both of you something. Baru je Aiman upload naik
sosial account dia” tablet bertukar tangan. Mulanya riak muka bonda dan
ayahandanya terkejut melihat gambar yang dimuat naik. Namun, akhirnya mereka
tersenyum apabila membaca ulasan gambar Tunku Aiman.
Gambar
Puteri Vanida terlentok lena di atas bahu Tunku Aiman didalam kereta api laju
yang diambil oleh penumpang lain itu dilihat dengan rasa tidak percaya.
Ditambah pula dengan ulasan Tunku Aiman yang romantik habis.
‘I just knew her
for past 14 hours. 8 hours on plane. 4 hours at Rome and another 2 hours at
train station. Very humble, cute, naïve, bold, independent, gentle, kindhearted
girl. She melt my heart. I fall in love with her. May our journey long lasting
till Jannah. She’s mine guys #TunkuAimanJourney #TunkuAimanTravel
#TunkuAiman_NaijaElizaMoment’
Lantas
panggilan ke Istana khas Agrapana dibuat. Terus dimaklumkan lokasi Puteri
Vanida dan anak lelakinya itu. Tidak lupa juga gambar yang ditunjukkan oleh
Tunku Ainul sebentar tadi. Tidak disangka pula Tunku Aiman akan bertemu dengan
Puteri Vanida. Pertemuan mereka itu semestinya tidak disangka oleh mereka
sendiri.