Saturday, 19 March 2016

Edited version of Kotak Muzik.

Kotak Muzik

Aria Dilara mencapai kunci kereta Ford Fiesta kepunyaan papanya. Serabut di dalam otak perlu dileraikan dan dilepaskan. Sudah menjadi tabiatnya untuk keluar mengambil angin jika fikirannya bercelaru. Cuma kali ini, dia sendiri tidak pasti ingin mengatur langkah ke mana. Beg sandang Kate Spade diperiksa sekali lagi. Telefon bimbit, powerbank, dompet, kunci rumah, passport dan barang-barang berharga lain.

“Aik, nak ke mana nie? Kan Aria baru balik dari kerja? Baru touchdown dari Aussie nak keluar lagi?” bertalu-talu soalan mama menerpa telinganya.

“Ma… Please, kejap je Aria keluar. Nak buang serabut dalam otak jap.” Spontan dia membuat muka comel kepada Puan Hilda.

“Do you bring your passport too?” Puan Hilda membuat pertanyaan serkap jarang kepada anak gadisnya.

“Nein. Just phone and purse.” Aria Dilara berbohong kepada Puan Hilda. Riak wajahnya sedaya upaya dikawal.
Bukan Puan Hilda tidak percaya kepada anaknya. Namun, anak sulungnya ini terlalu banyak helah. Bukannya Aria Dilara tidak pernah lari dari rumah. Itulah anak gadisnya, andai terlalu berasa sesak dengan kerja, Aria Dilara sanggup terbang ke mana-mana Negara empat musim untuk menenangkan fikiran walaupun hanya dengan sehelai sepinggang.
“Let’s me check your handbag first,” Puan Hilda menghulurkan tangannya kepada Aria Dilara.
Beg tangan dihulurkan lambat-lambat kepada mamanya. Dalam hati dah terasa seperti akan meletup saat itu juga. Melihat Puan Hilda menemui passportnya di dalam beg tangan Kate Spade, Aria Dilara membuat riak wajah comel.  Puan Hilda menggelengkan kepalanya lalu mengambil passport kepunyaan Aria Dilara.
“There you go. Passport nie mama simpan dahulu, next trip nak travel boleh mintak dekat mama. Make sure dah ada dekat rumah before 11 o’clock okay?” Puan Hilda hanya menggelengkan kepala melihat anak sulungnya itu.
                Sebaik sahaja Ford Fiesta kepunyaan suaminya meninggalkan rumah, Puan Hilda kembali ke dapur. Sedikit hidangan ringkas perlu disediakan untuk suaminya yang akan pulang dari kerja nanti.
                Perlahan Ford Fiesta menusuri jalan raya. Aria Dilara hanya memandu mengikut kehendak hatinya. Akhirnya, Ford Fiesta itu memasuki Alamanda Putrajaya Mall. Selesai memakirkan kenderaan dipetak yang disediakan. Dia mula mengatur langkahnya menuju ke dalam Alamanda Mall.
**
                Terasa lemah langkah yang diatur. Aria Dilara terhenti di hadapan Living Cabin Outlet. Kotak kaca yang dipenuhi dengan kotak-kotak muzik yang comel menjadi perhatiannya. Ditambah pula dengan kotak muzik itu disusun dengan sangat menarik di atas roda ferris yang kecil. Lama matanya kekal disitu. Alunan canon in D major benar-benar memukau dirinya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri terkenangkan peristiwa di Paris dahulu. Pertama kali dia belajar bermain piano secara formal daripada jejaka perancis bermata biru yang merupakan rakan belajarnya.
                Tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg lalu dia mula merakam kotak-kotak muzik yang berpusing itu. Langsung tidak sedar akan kehadiran seorang jejaka di sebelahnya.
                “Cantik kan?” Aira Dilara tersentak. Hampir terlepas telefon bimbit di tangannya.
                “Cantik dan mengasyikkan.” Senyuman manis dihadiahkan kepada jejaka di sebelahnya.
                “Fairel. Saya Fairel Aidan” huluran salam jejaka itu tidak disambutnya. Aira Dilara membawa tangan kanan ke dada kirinya sambil tersenyum manis.
                “Aira. Aira Dilara” Fairel menarik kembali tangannya lalu membalas senyuman manis gadis disebelahnya. Menarik. Comel. Menawan. Tiga perkataan pertama yang muncul semasa terpandangan gadis ini.
                “Tak nak beli kotak muzik nie?” sekali lagi Fairel Aidan cuba untuk beramah-mesra dengan gadis berblaus putih dan corak bunga merah jambu itu.
                “Mahal. Lagipun, kotak muzik macam nie lebih sesuai jika dijadikan hadiah kepada kekasih. Nantilah saya datang kembali untuk membeli satu sebagai hadiah untuk diri sendiri.” Aira Dilara membalas pertanyaan itu sambil menunjukkan harga yang tertera.
                Fairel Aidan hanya menganggukkan kepalanya apabila Aira Dilara menunjukkan harga kotak muzik tersebut. Agak mahal bagi sebuah kotak muzik yang kecik untuk berharga di atas seratus ringgit. Namun, dia pernah melihat kotak muzik yang lebih mahal lagi semasa bercuti di Prague dahulu.
                “Erm, saya gerak dahulu. Dah maghrib. Tak elok anak gadis berada di luar rumah sendirian pada waktu sebegini.” Ujar Aira Dilara sebelum bergerak meninggalkan outlet tersebut.
                Tangan Fairel Aidan pantas memanggil pekerja outlet tersebut lalu meminta pekerja tersebut untuk membungkus tiga buah kotak muzik daripada keseluruhan koleksi kotak muzik itu. Dia turut meletakkan sekeping kad beserta nombor telefon bimbitnya. Laju langkah diatur mencari kelibat Aira Dilara. Dia menghembuskan helaian nafas yang berat tatkala melihat Aira Dilara berhenti membeli roti di bakeri.
                Dilihat ke kiri dan kanan. Tatkala ternampak seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 8 tahun. Terus Fairel Aidan memohon izin untuk meminjam kanak-kanak itu sebentar.
                “Tolong abang, berikan beg kertas nie dekat kakak yang pakai baju putih bunga pink dan tudung pink tu,” ujarnya sambal menunjuk ke arah Aira Dilara yang sedang beratur di kaunter bayaran.
                Aira Dilara terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak menarik hujung bajunya.
                “Ea sayang? Sesat ea?” melihat kanak-kanak tersebut menggelengkan kepalanya, lagi menimbulkan pertanyaan dalam fikirannya.
                “Ada abang suruh bagi dekat kakak beg ini.” Beg kertas bertukar tangan. Aira Dilara menghadiahkan senyuman lalu menghulurkan roti yang sudah pun dibayarnya kepada kanak-kanak itu sebagai tanda terima kasih.
                Fairel Aidan yang melihat dari jauh tersenyum. Jauh disudut hati dia berharap agar gadis itu kembali mengingati dirinya.
**
                Telekung pemberian mama diletakkan di penjuru katil. Aira Dilara meletakkan punggungnya di atas kerusi Cleopatra yang terdapat didalam biliknya. Perlahan tangannya membuka beg kertas yang dia dapat semasa mengambil angin di Alamanda Mall tadi. Aira Dilara terkejut melihat kotak muzik yang dia inginkan sebentar tadi di dalam kotak-kotak membalut kotak muzik itu. Ada tiga kesemuanya. Di setiap bahagian hadapan kotak muzik terdapat perkataan. Lantas dia menyusun kotak-kotak muzik di atas meja kecil itu. Mukanya terasa membahang. Malu. Perkataan yang tertera benar-benar membuatkannya hilang kata-kata.
                Please, marry me.
                Pantas Aira Dilara mencapai beg kertas tersebut untuk mencari sebarang kad ucapan ataupun petunjuk. Dia menarik nafas kelegaan apabila ternampak sekeping kad berada di dalam beg kertas itu. Perlahan dia membuka kad ucapan comel yang tertera “Just For YOU” di muka hadapan.
                “Kita akan berjumpa lagi. Percayalah.” – F.A
                Aira Dilara menjadi leka melihat hadiah yang diterimanya di Alamanda Mall tadi. Setiap kotak muzik kayu itu memainkan alunan muzik yang berbeza. Kesemua alunan muzik yang dimainkan merupakan lagu-lagu kegemarannya. “Canon in D major”, “river flows in you” dan juga alunan lagu “My heart will go on”. Kotak muzik kemudiannya disimpan di dalam salah satu almari kaca yang kecil. Almari yang dia khususkan untuk barangan-barangan berharga seperti hadiah daripada rakan-rakannya.
                Laptop di atas meja kerjanya dibuka. Email perlu diperiksa, laporan yang dihantar oleh anak buahnya perlu disemak dan juga laporan perbincangan bersama syarikat di Australia juga perlu dibuat. Bunyi pintu diketuk menghentikan tangannya menaip di papan kekunci.
                “Aria, mama nie, may I come in?” suara Puan Hilda mencecah telinganya.
                “Sure, five second mom. Jap Aria nak bukakkan pintu” Aria Dilara terkejut apabila melihat papanya Tuan Darwish turut berada di hadapan pintu bilik tidurnya.
                Aria Dilara mempersilakan kedua ibu bapanya masuk ke dalam bilik tidurnya. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.
                “Are you busy my dear?” Tuan Darwish memulakan perbualan mereka.
Mata tuanya meliar ke sekeliling kamar anak gadis sulungnya. Serba ringkas namum menawan. Sehinggalah Tuan Darwish terpandangan salah satu kotak muzik di atas meja kerja anaknya. Salah satu kotak muzik kayu tersebut tidak Aria Dilara menyimpannya kerana ingin menikmati alunan itu sebelum tidur.
“Papa tak pernah tengok pun kotak muzik kayu tu,” perlahan Tuan Darwish berjalan ke arah meja kerja anaknya untuk melihat kotak muzik kayu istimewa itu.
“Haah pa, hadiah tu. Baru dapat tadi petang masa keluar.” Aria Dilara hanya mengiyakan pertanyaan Tuan Darwish.
“Satu je ke Aria?” kepalanya menoleh ke arah almari kaca di dalam bilik itu.
“Nope. Ada tiga.” Aria Dilara melangkah ke arah almari kaca lalu mengeluarkan kembali kotak muzik kayu itu dan menyerahkannya kepada Tuan Darwish dan Puan Hilda.
“Who’s the owner of this music box?” Puan Hilda bertanya sambal membelek kotak muzik tersebut.
Tanpa di duga Aria Dilara, Tuan Darwish dan Puan Hilda menyusun ketiga-tiga kotak muzik kayu membentuk satu ayat yang ringkas. Aria Dilara mula berasa gelisah melihat papa dan mamanya hanya berbisik sesama sendiri sambal melihat kotak muzik kayu itu. Tuan Darwish hanya tersenyum manakala Puan Hilda membuat pandangan mata yang penuh dengan tanda tanya. Lebih membingungkan Aria Dilara, kedua ibu bapanya meninggalkan kamar tidurnya dengan keadaan tergesa-gesa.
**
                “Aria tak ingat ke Fairel Aidan tu?” Tuan Darwish memandang wajah isterinya.
                “Kan Hakim dah cakap, ingatan Aria ada yang hilang lepas kemalangan tu. Yang Aria ingat pun tahun masa dia dekat Perancis je. Abang nie… Baru setahun setengah Aria sihat. Biarlah dia ingat perlahan-lahan.” Puan Hilda menarik muncung. Perlahan hidung Puan Hilda ditarik Tuan Darwish.
                Memori Tuan Darwish dan Puan Hilda terlontar ke belakang. Hari ulang tahun Aria Dilara yang sepatutnya disambut meriah disambut dengan duka. Aria Dilara kemalangan. Kemalangan selepas pulang berjumpa dengan Fairel Aidan. Tindakan bekas kekasih Fairel Aidan yang memutuskan hubungan mereka membuatkan Aria Dilara menjadi mangsa. Rakan Tuan Darwish, Dr. Hakim memaklumkan kepada mereka sekeluarga kejadian menyayat hati tersebut.
                Masih segar diingatan Puan Hilda, Fairel Aidan sanggup menemani Aria Dilara sepanjang di hospital. Aria Dilara mengalami patah satu rusuk kiri, keretakan sedikit pada tangan kirinya. Paling melukakan hati mereka adalah Dr. Hakim mengesahkan Aria Dilara mengalami amnesia songsang.
                “Maafkan aku, Darwish. Aria, dia amnesia songsang. Dia tak dapat kenal Aidan tadi. Aria hilang segala ingatan dari zaman sekolah sehingga zaman univerisiti. Tapi, Aria ingat apa yang berlaku semasa dia sambung belajar di Perancis. So jangan risau, ada potensi Aria ingat kau dan Hilda.” Perlahan bahu sahabatnya ditepuk. Wajah sugul Tuan Darwish dan Puan Hilda dipandang sayu.
                Tuan Darwish dan Puan Hilda memandang Fairel Aidan yang setia disisi Aria Dilara. Melayan karenah anak gadis mereka dengan ceria. Pintu wad A101 ditutup. Biarlah Fairel Aidan cuba untuk membantu Aria Dilara perlahan-lahan dahulu.
                 Fairel Aidan memandang wajah Tuan Darwish dan Puan Hilda, saat dia ingin bangun daripada kerusi Tuan Darwish menggelengkan kepalanya sebelum meninggalkan dia dengan Aria Dilara. Fairel Aidan menunjukkan gambar-gambar mereka sepanjang perkenalan dari telefon bimbitnya. Aria Dilara hanya menggeleng tanda tidak dapat mengingatinya.
                “Aria, take your time ea sayang. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku. Saya minta maaf bagi pihak Keisha Adeeva. Saya dah tak ada apa-apa dah dengan Keisha Adeeva. Saya tahu saya banyak salah dengan awak Aria. Ye, saya ego, biarkan awak, biarkan Keisha musnahkan mental awak, tak pernah tolong awak. Please Aria, give me one more chances”
Aria Dilara hanya memejamkan matanya. Air mata yang ingin jatuh di tahan. Bukan dia sengaja buat-buat hilang ingatan tetapi sememangnya dia tidak dapat mengingati apa yg berlaku 22 tahun lepas. Hanya memorinya semasa di eropah yang diingatinya. Dia hanya mampu menghantar pandangan sayu kepada jejaka yang bernama Fairel Aidan itu semasa jejaka itu melangkah keluar dari Wad A101.
**
                Lama Fairel Aidan memandang koleksi kotak muzik pemberian Aria Dilara. Kegemaran gadis itu yang sukakan kotak muzik berjangkit dengannya. Tangannya terhenti pada kotak muzik yang dibuat khas sempena hari lahirnya. Sanggup Aria Dilara membuat tempahan sehingga ke Prague semata-mata untuk membuat kotak muzik yang mempunyai replica mini dirinya siap beruniform tentera laut disebelah kapal KD Lekir.

                
 

The Queen Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang