Kotak Muzik
Aria Dilara
mencapai kunci kereta Ford Fiesta kepunyaan papanya. Serabut di dalam otak
perlu dileraikan dan dilepaskan. Sudah menjadi tabiatnya untuk keluar mengambil
angin jika fikirannya bercelaru. Cuma kali ini, dia sendiri tidak pasti ingin
mengatur langkah ke mana. Beg sandang Kate Spade diperiksa sekali lagi. Telefon
bimbit, powerbank, dompet, kunci rumah, passport dan barang-barang berharga
lain.
“Aik, nak ke
mana nie? Kan Aria baru balik dari kerja? Baru touchdown dari Aussie nak keluar
lagi?” bertalu-talu soalan mama menerpa telinganya.
“Ma… Please,
kejap je Aria keluar. Nak buang serabut dalam otak jap.” Spontan dia membuat
muka comel kepada Puan Hilda.
“Do you bring
your passport too?” Puan Hilda membuat pertanyaan serkap jarang kepada anak
gadisnya.
“Nein. Just
phone and purse.” Aria Dilara berbohong kepada Puan Hilda. Riak wajahnya sedaya
upaya dikawal.
Bukan Puan Hilda
tidak percaya kepada anaknya. Namun, anak sulungnya ini terlalu banyak helah.
Bukannya Aria Dilara tidak pernah lari dari rumah. Itulah anak gadisnya, andai terlalu
berasa sesak dengan kerja, Aria Dilara sanggup terbang ke mana-mana Negara
empat musim untuk menenangkan fikiran walaupun hanya dengan sehelai sepinggang.
“Let’s me check
your handbag first,” Puan Hilda menghulurkan tangannya kepada Aria Dilara.
Beg tangan
dihulurkan lambat-lambat kepada mamanya. Dalam hati dah terasa seperti akan
meletup saat itu juga. Melihat Puan Hilda menemui passportnya di dalam beg
tangan Kate Spade, Aria Dilara membuat riak wajah comel. Puan Hilda menggelengkan kepalanya lalu
mengambil passport kepunyaan Aria Dilara.
“There you go.
Passport nie mama simpan dahulu, next trip nak travel boleh mintak dekat mama.
Make sure dah ada dekat rumah before 11 o’clock okay?” Puan Hilda hanya
menggelengkan kepala melihat anak sulungnya itu.
Sebaik
sahaja Ford Fiesta kepunyaan suaminya meninggalkan rumah, Puan Hilda kembali ke
dapur. Sedikit hidangan ringkas perlu disediakan untuk suaminya yang akan
pulang dari kerja nanti.
Perlahan
Ford Fiesta menusuri jalan raya. Aria Dilara hanya memandu mengikut kehendak
hatinya. Akhirnya, Ford Fiesta itu memasuki Alamanda Putrajaya Mall. Selesai
memakirkan kenderaan dipetak yang disediakan. Dia mula mengatur langkahnya
menuju ke dalam Alamanda Mall.
**
Terasa
lemah langkah yang diatur. Aria Dilara terhenti di hadapan Living Cabin Outlet.
Kotak kaca yang dipenuhi dengan kotak-kotak muzik yang comel menjadi
perhatiannya. Ditambah pula dengan kotak muzik itu disusun dengan sangat
menarik di atas roda ferris yang kecil. Lama matanya kekal disitu. Alunan canon
in D major benar-benar memukau dirinya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri
terkenangkan peristiwa di Paris dahulu. Pertama kali dia belajar bermain piano
secara formal daripada jejaka perancis bermata biru yang merupakan rakan
belajarnya.
Tangannya
mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg lalu dia mula merakam
kotak-kotak muzik yang berpusing itu. Langsung tidak sedar akan kehadiran
seorang jejaka di sebelahnya.
“Cantik
kan?” Aira Dilara tersentak. Hampir terlepas telefon bimbit di tangannya.
“Cantik
dan mengasyikkan.” Senyuman manis dihadiahkan kepada jejaka di sebelahnya.
“Fairel.
Saya Fairel Aidan” huluran salam jejaka itu tidak disambutnya. Aira Dilara
membawa tangan kanan ke dada kirinya sambil tersenyum manis.
“Aira.
Aira Dilara” Fairel menarik kembali tangannya lalu membalas senyuman manis
gadis disebelahnya. Menarik. Comel. Menawan. Tiga perkataan pertama yang muncul
semasa terpandangan gadis ini.
“Tak
nak beli kotak muzik nie?” sekali lagi Fairel Aidan cuba untuk beramah-mesra
dengan gadis berblaus putih dan corak bunga merah jambu itu.
“Mahal.
Lagipun, kotak muzik macam nie lebih sesuai jika dijadikan hadiah kepada
kekasih. Nantilah saya datang kembali untuk membeli satu sebagai hadiah untuk
diri sendiri.” Aira Dilara membalas pertanyaan itu sambil menunjukkan harga
yang tertera.
Fairel
Aidan hanya menganggukkan kepalanya apabila Aira Dilara menunjukkan harga kotak
muzik tersebut. Agak mahal bagi sebuah kotak muzik yang kecik untuk berharga di
atas seratus ringgit. Namun, dia pernah melihat kotak muzik yang lebih mahal
lagi semasa bercuti di Prague dahulu.
“Erm,
saya gerak dahulu. Dah maghrib. Tak elok anak gadis berada di luar rumah
sendirian pada waktu sebegini.” Ujar Aira Dilara sebelum bergerak meninggalkan
outlet tersebut.
Tangan
Fairel Aidan pantas memanggil pekerja outlet tersebut lalu meminta pekerja
tersebut untuk membungkus tiga buah kotak muzik daripada keseluruhan koleksi
kotak muzik itu. Dia turut meletakkan sekeping kad beserta nombor telefon
bimbitnya. Laju langkah diatur mencari kelibat Aira Dilara. Dia menghembuskan
helaian nafas yang berat tatkala melihat Aira Dilara berhenti membeli roti di
bakeri.
Dilihat
ke kiri dan kanan. Tatkala ternampak seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam
lingkungan 8 tahun. Terus Fairel Aidan memohon izin untuk meminjam kanak-kanak
itu sebentar.
“Tolong
abang, berikan beg kertas nie dekat kakak yang pakai baju putih bunga pink dan
tudung pink tu,” ujarnya sambal menunjuk ke arah Aira Dilara yang sedang
beratur di kaunter bayaran.
Aira
Dilara terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak menarik hujung bajunya.
“Ea
sayang? Sesat ea?” melihat kanak-kanak tersebut menggelengkan kepalanya, lagi
menimbulkan pertanyaan dalam fikirannya.
“Ada
abang suruh bagi dekat kakak beg ini.” Beg kertas bertukar tangan. Aira Dilara
menghadiahkan senyuman lalu menghulurkan roti yang sudah pun dibayarnya kepada
kanak-kanak itu sebagai tanda terima kasih.
Fairel
Aidan yang melihat dari jauh tersenyum. Jauh disudut hati dia berharap agar
gadis itu kembali mengingati dirinya.
**
Telekung
pemberian mama diletakkan di penjuru katil. Aira Dilara meletakkan punggungnya
di atas kerusi Cleopatra yang terdapat didalam biliknya. Perlahan tangannya
membuka beg kertas yang dia dapat semasa mengambil angin di Alamanda Mall tadi.
Aira Dilara terkejut melihat kotak muzik yang dia inginkan sebentar tadi di
dalam kotak-kotak membalut kotak muzik itu. Ada tiga kesemuanya. Di setiap
bahagian hadapan kotak muzik terdapat perkataan. Lantas dia menyusun kotak-kotak
muzik di atas meja kecil itu. Mukanya terasa membahang. Malu. Perkataan yang
tertera benar-benar membuatkannya hilang kata-kata.
Please, marry me.
Pantas
Aira Dilara mencapai beg kertas tersebut untuk mencari sebarang kad ucapan
ataupun petunjuk. Dia menarik nafas kelegaan apabila ternampak sekeping kad
berada di dalam beg kertas itu. Perlahan dia membuka kad ucapan comel yang
tertera “Just For YOU” di muka hadapan.
“Kita
akan berjumpa lagi. Percayalah.” – F.A
Aira
Dilara menjadi leka melihat hadiah yang diterimanya di Alamanda Mall tadi.
Setiap kotak muzik kayu itu memainkan alunan muzik yang berbeza. Kesemua alunan
muzik yang dimainkan merupakan lagu-lagu kegemarannya. “Canon in D major”, “river
flows in you” dan juga alunan lagu “My heart will go on”. Kotak muzik
kemudiannya disimpan di dalam salah satu almari kaca yang kecil. Almari yang
dia khususkan untuk barangan-barangan berharga seperti hadiah daripada
rakan-rakannya.
Laptop
di atas meja kerjanya dibuka. Email perlu diperiksa, laporan yang dihantar oleh
anak buahnya perlu disemak dan juga laporan perbincangan bersama syarikat di
Australia juga perlu dibuat. Bunyi pintu diketuk menghentikan tangannya menaip
di papan kekunci.
“Aria,
mama nie, may I come in?” suara Puan Hilda mencecah telinganya.
“Sure,
five second mom. Jap Aria nak bukakkan pintu” Aria Dilara terkejut apabila
melihat papanya Tuan Darwish turut berada di hadapan pintu bilik tidurnya.
Aria
Dilara mempersilakan kedua ibu bapanya masuk ke dalam bilik tidurnya. Pelbagai
persoalan bermain di fikirannya.
“Are
you busy my dear?” Tuan Darwish memulakan perbualan mereka.
Mata tuanya
meliar ke sekeliling kamar anak gadis sulungnya. Serba ringkas namum menawan.
Sehinggalah Tuan Darwish terpandangan salah satu kotak muzik di atas meja kerja
anaknya. Salah satu kotak muzik kayu tersebut tidak Aria Dilara menyimpannya
kerana ingin menikmati alunan itu sebelum tidur.
“Papa tak pernah
tengok pun kotak muzik kayu tu,” perlahan Tuan Darwish berjalan ke arah meja
kerja anaknya untuk melihat kotak muzik kayu istimewa itu.
“Haah pa, hadiah
tu. Baru dapat tadi petang masa keluar.” Aria Dilara hanya mengiyakan
pertanyaan Tuan Darwish.
“Satu je ke
Aria?” kepalanya menoleh ke arah almari kaca di dalam bilik itu.
“Nope. Ada
tiga.” Aria Dilara melangkah ke arah almari kaca lalu mengeluarkan kembali
kotak muzik kayu itu dan menyerahkannya kepada Tuan Darwish dan Puan Hilda.
“Who’s the owner
of this music box?” Puan Hilda bertanya sambal membelek kotak muzik tersebut.
Tanpa di duga
Aria Dilara, Tuan Darwish dan Puan Hilda menyusun ketiga-tiga kotak muzik kayu
membentuk satu ayat yang ringkas. Aria Dilara mula berasa gelisah melihat papa
dan mamanya hanya berbisik sesama sendiri sambal melihat kotak muzik kayu itu.
Tuan Darwish hanya tersenyum manakala Puan Hilda membuat pandangan mata yang
penuh dengan tanda tanya. Lebih membingungkan Aria Dilara, kedua ibu bapanya
meninggalkan kamar tidurnya dengan keadaan tergesa-gesa.
**
“Aria
tak ingat ke Fairel Aidan tu?” Tuan Darwish memandang wajah isterinya.
“Kan
Hakim dah cakap, ingatan Aria ada yang hilang lepas kemalangan tu. Yang Aria
ingat pun tahun masa dia dekat Perancis je. Abang nie… Baru setahun setengah
Aria sihat. Biarlah dia ingat perlahan-lahan.” Puan Hilda menarik muncung. Perlahan
hidung Puan Hilda ditarik Tuan Darwish.
Memori
Tuan Darwish dan Puan Hilda terlontar ke belakang. Hari ulang tahun Aria Dilara
yang sepatutnya disambut meriah disambut dengan duka. Aria Dilara kemalangan.
Kemalangan selepas pulang berjumpa dengan Fairel Aidan. Tindakan bekas kekasih
Fairel Aidan yang memutuskan hubungan mereka membuatkan Aria Dilara menjadi
mangsa. Rakan Tuan Darwish, Dr. Hakim memaklumkan kepada mereka sekeluarga
kejadian menyayat hati tersebut.
Masih
segar diingatan Puan Hilda, Fairel Aidan sanggup menemani Aria Dilara sepanjang
di hospital. Aria Dilara mengalami patah satu rusuk kiri, keretakan sedikit
pada tangan kirinya. Paling melukakan hati mereka adalah Dr. Hakim mengesahkan
Aria Dilara mengalami amnesia songsang.
“Maafkan
aku, Darwish. Aria, dia amnesia songsang. Dia tak dapat kenal Aidan tadi. Aria
hilang segala ingatan dari zaman sekolah sehingga zaman univerisiti. Tapi, Aria
ingat apa yang berlaku semasa dia sambung belajar di Perancis. So jangan risau,
ada potensi Aria ingat kau dan Hilda.” Perlahan bahu sahabatnya ditepuk. Wajah
sugul Tuan Darwish dan Puan Hilda dipandang sayu.
Tuan
Darwish dan Puan Hilda memandang Fairel Aidan yang setia disisi Aria Dilara.
Melayan karenah anak gadis mereka dengan ceria. Pintu wad A101 ditutup. Biarlah
Fairel Aidan cuba untuk membantu Aria Dilara perlahan-lahan dahulu.
Fairel Aidan memandang wajah Tuan Darwish dan
Puan Hilda, saat dia ingin bangun daripada kerusi Tuan Darwish menggelengkan
kepalanya sebelum meninggalkan dia dengan Aria Dilara. Fairel Aidan menunjukkan
gambar-gambar mereka sepanjang perkenalan dari telefon bimbitnya. Aria Dilara
hanya menggeleng tanda tidak dapat mengingatinya.
“Aria,
take your time ea sayang. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku.
Saya minta maaf bagi pihak Keisha Adeeva. Saya dah tak ada apa-apa dah dengan
Keisha Adeeva. Saya tahu saya banyak salah dengan awak Aria. Ye, saya ego,
biarkan awak, biarkan Keisha musnahkan mental awak, tak pernah tolong awak.
Please Aria, give me one more chances”
Aria Dilara
hanya memejamkan matanya. Air mata yang ingin jatuh di tahan. Bukan dia sengaja
buat-buat hilang ingatan tetapi sememangnya dia tidak dapat mengingati apa yg
berlaku 22 tahun lepas. Hanya memorinya semasa di eropah yang diingatinya. Dia
hanya mampu menghantar pandangan sayu kepada jejaka yang bernama Fairel Aidan
itu semasa jejaka itu melangkah keluar dari Wad A101.
**
Lama
Fairel Aidan memandang koleksi kotak muzik pemberian Aria Dilara. Kegemaran gadis
itu yang sukakan kotak muzik berjangkit dengannya. Tangannya terhenti pada
kotak muzik yang dibuat khas sempena hari lahirnya. Sanggup Aria Dilara membuat
tempahan sehingga ke Prague semata-mata untuk membuat kotak muzik yang
mempunyai replica mini dirinya siap beruniform tentera laut disebelah kapal KD
Lekir.